Ulasan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Melawan Terengganu FC

Pertemuan kedua Liga Super Malaysia 2023 menyaksikan Terengganu FC bertemu Kedah Darul Aman yang berlangsung di Stadium Darul Aman yang menunjukkan pasukan Terengganu FC hanya menggunakan empat pemain import dengan merehatkan Adisak Kraison dan membawa masuk Syakir yang akan berganding bersama Ivan Mamut dan menggunakan Liridon bagi membantu pusic di bahagian tengah.

Sepak mula menunjukkan kedua-dua pasukan seimbang bagi mencari gol pendahuluan untuk separuh masa pertama apabila peluang terbaik buat Lee Tuck berjaya diselamatkan oleh Suhaimi Hussin. Seterusnya bagi giliran Terengganu FC cuba mendapatkan peluang dengan rembatan Sony Norde tersasar melewati palang. Kedua-dua pasukan buntu bagi mendapatkan jaringan dengan keputusan seri untuk separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua Ketua Jurulatih , Tomislav Steinbruckner membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Adisak Kraison dan Syafik Ismail bagi menggantikan Nik Sharif dan Syakir dengan aturan yang dimiliki oleh beliau.

Serangan demi serangan yang dilakukan pasukan Terengganu FC untuk separuh masa kedua apabila rembatan kencang Adisak Kraison berjaya ditepis oleh penjaga gol Kedah, Kallamullah.

Peluang terakhir bagi pasukan kedah berjaya selepas kesilapan Pusic membawa padah apabila pasukan Terengganu FC bolos dengan satu jaringan pada minit ke-89 dan memberikan kemenangan buat pasukan tuan rumah dengan jaringan 1-0 di Stadium Darul Aman.

Comments (1)

  1. Williamfew

    Online medicine order https://indiaph24.store/# Online medicine order
    indian pharmacy online

Leave a Reply