
Ulasan Perlawanan Johor Darul Ta’zim Melawan Terengganu FC
Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah bagi musim 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor menyaksikan perlawanan pertama bagi pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim dimana pasukan Terengganu FC terpaksa bermain tanpa pemain import tengah, Habib Haroon apabila terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan semasa persediaan bagi pra musim sebelum ini.
Sepak mula untuk perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan JDT mempunyai peluang awal apabila tandukkan daripada Juan Muniz menanduk terus ke dalam gawang gol Terengganu Fc dan menewaskan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin dan mendahului perlawanan pada minit ke‘5.
Pasukan Terengganu FC cuba untuk mencari gol penyamaan pada separuh masa pertama dan beberapa peluang diperolehi, apabila rembatan Sony Norde tidak berjaya dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan JDT (1) (0) Terengganu FC.
Memasuki separuh masa kedua, Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner membawa masuk Syafik Ismail bagi menggantikan pemain import, Adisak selepas mengalami kecederaan dibahagian peha. Pasukan Terengganu FC terus diasak oleh pasukan JDT dan pada minit ke 57 hantaran Arif Aiman berjaya di manfaat oleh Bergson Da Silva untuk memberikan gol kedua kepada pasukan JDT. Terengganu FC melakukan beberapa pertukaran pemain untuk mencari gol bagi merapatkan kedudukan namun tiada gol dihasilkan. Perlawanan berkesudahan JDT menang 2-0 dan terus mempertahan kejuaraan musim lalu.