
????, ???? ??? ??????? ????? ???????????? ??????? ???????? ????? ????? ??????? ?????????? ?? ???????? ????
3 orang pemain utama Terengganu FC yang beraksi di posisi pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni, Azam Azmi Murad dan juga Alif Zakaria telah menandatangani kontrak untuk terus kekal bersama kelab ini sehingga tahun 2025.
Bagi Azam Azmi Murad, kepercayaan yang diberikan pengurusan kelab kepadanya akan beliau balas dengan terus menerus memberikan komitmen bersama pasukan. Pemain kebangsaan ini juga menyatakan beliau yakin keputusan menandatangani kontrak lanjutan ini adalah keputusan yang tepat kerana baginya, beliau masih dahagakan kemenangan dan kejuaraan bersama Terengganu FC dan beliau sangat sukakan persaingan di dalam skuad ini kerana ianya sentiasa membuatkan beliau sentiasa positif dan bersemangat untuk bersaing merebut tempat utama dalam pasukan.
Menurut Shahrul Nizam, baginya keputusan untuk menandatangani kontrak jangka panjang bersama skuad ini adalah sesuatu yang tepat kerana beliau merasa sangat dihargai bukan sahaja oleh pengurusan kelab tetapi juga para penyokong pasukan ini disamping rakan-rakan sepasukan disini telah menjadi keluarga besarnya. Baginya juga usaha keras beliau sepanjang diberikan peluang untuk beraksi bersama kelab ini juga dilihat berbaloi setelah ditawarkan kontrak jangka panjang ini dan semestinya beliau ingin memberikan segalanya untuk kelab kesayangannya ini.
Seorang lagi pemain pertahanan, Alif Zakaria menyatakan beliau adalah seorang pemain yang akan sentiasa memberikan segalanya untuk pasukan Terengganu FC. Dengan penawaran kelab untuk memberikan kontrak jangka panjang ini semestinya sesuatu yang beliau inginkan walaupun ada kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun baginya, melihatkan apa yang Terengganu FC telah berikan selama ini, ianya menjadi tanggungjawab untuk dirinya untuk memberikan impak dan menghadiahkan kejuaraan untuk kelabnya ini dan beliau dan rakan-rakan akan tetap berusaha untuk bersaing dengan pasukan besar yang lain.