
DOMAGOJ PUSIC PEMAIN PERANCANG TENGAH TERENGGANU FC 2023
Secara rasminya pada hari ini, Terengganu Football Club (TFC) menandatangani kontrak pemain tengah dari Croatia, sekaligus menjawab teka teki pemain yang akan beraksi diposisi tengah pasukan ini bagi musim 2023. Pemain ini tiba di Terengganu semalam ( 3 Januari 2023 ) bersama seorang lagi rakan sepasukannya.
Domagoj Pusic sebelum ini bersama pasukan kelab dari liga Croatia, NK BSK Bijelo Brdo menandatangani kontrak bersama Terengganu FC bagi tempoh 1 tahun sehingga musim 2023 tamat. Bagi Pusic, beraksi di Asia semestinya memberikan pengalaman baru buat dirinya dan beliau tidak berselindung menyatakan beliau kurang mengetahui perkembangan bolasepak di Asia tetapi beliau telah dimaklumkan oleh pengendali pasukan ini tentang perkembangan bolasepak di Asia Tenggara yang semakin berkembang maju dan jumlah penyokong pasukan Terengganu FC iaitu kelab yang beliau sertai ini sangat ramai dan ramai penduduk disini gilakan sukan bolasepak. Ini menambah keterujaan beliau untuk beraksi di Liga Malaysia dan bersama skuad Terengganu FC dan beliau juga sudah mula membuat rujukan cara permainan bolasepak disini.
Beraksi di posisi tengah pasukan baginya sentiasa memerlukan beliau perlu mengkaji cara pasukan dimainkan dan bagaimana dan apa kelebihan pemain disekililingnya. Apa yang pasti bagi pemain berusia 31 tahun ini, beliau ingin menggunakan pengalamannya beraksi di Eropah untuk membantu pasukan ini dan membalas kepercayaan yang diberikan oleh Tomislav Steinbruckner. Domagoj Pusic akan menyarung jersi bernombor 8 bersama Terengganu FC.