Ulasan Perlawanan Sri Pahang FC melawan Terengganu FC
Saingan TM Piala Malaysia 2022 antara Pasukan Terengganu FC bertemu Sri pahang FC merupakan pasukan pantai timur yang bakal beraksi di Stadium Darul Makmur, Pahang.
Sepak mula menunjukkan pasukan Terengganu FC membuka akaun jaringan pertama bagi TM Piala Malaysia apabila peluang awal daripada Kpah Sherman memberi jaringan pertama dan gol pembuka buat pasukan Terengganu FC pada minit pertama. Seterusnya,peluang awal kedua buat pasukan Terengganu FC tercipta apabila hantaran Faisal Halim ke tengah memberi ruang kepada Nik Sharif untuk merembat masuk gol kedua buat pasukan Terengganu FC.
Pasukan tuan rumah cuba merapatkan jurang pada minit ke-42 selepas hantaran Azam Azih menjadi dan menjaringkan gol pertama oleh Steven Rodriguez sekaligus menjadikan jaringan Pahang (1) (2) Terengganu FC pada separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan terhadap pasukan tuan rumah, apabila hantaran satu dua, Kipre Tcheche kepada Faisal Halim mudah untuk menjaringkan gol ketiga buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-49. Seterusnya Kpah Sherman Meletakkan pasukan Terengganu FC di zon selesa menerusi jaringan keduanya pada minit ke-52 dan menjadikan gol keempat buat pasukan Terengganu FC.
Pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Hakimi Abdullah dan Muhammad Hafizal untuk mengantikan Faisal Halim dan Pape Diakite. Pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan keputusan untuk perlawanan pada malam ini selepas Kpah Sherman berjaya mendapatkan gol hatrik beliau pada masa tambahan sekaligus memberi pasukan Terengganu FC berjaya meraih kemenangan bergaya dengan jaringan Terengganu FC (5) (1) Sri Pahang FC
Comments (1)
Kod Binance
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.