Ulasan Perlawanan KL City melawan Terengganu FC

Liga Super Malaysia 2022 di antara pasukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur,Cheras menunjukkan kedua-dua pasukan yang komited bagi mencari 3 mata penting bagi perlawanan ini. Pasukan Terengganu FC cuba mengorak langkah pada 10 minit pertama bagi mencari gol awal di tempat lawan namum percubaan Nik Sharif dinafikan oleh penjaga gol, Kevin Mendoza.

Seterusnya peluang terhidang buat pasukan Terengganu FC pada minit ke-38 apabila sepakan penjuru berjaya disudahi oleh Manuel Ott dan memberikan jaringan 1-0 buat Terengganu FC. Dua minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan sekali lagi memberi peluang kepada pasukan Terengganu FC apabila hantaran sempurna dan tepat oleh Nik Sharif kepada Ketua Pasukan, Kipre Tcheche untuk menanduk masuk sekaligus menjadikan jaringan 2-0 pada separuh masa petama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC mempunyai beberapa peluang untuk menambahkan jaringan namum tidak berjaya menembusi benteng pertahanan Kuala Lumpur City FC.

Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran pada minit ke-62 dengan mengeluarkan pemain Nik Sharif dan membawa masuk Faiz Nasir. Selang satu minit pertukaran Pasukan Kuala Lumpur City FC berjaya menjaringkan gol pertama hasil jaringan Romel Morales dan menjadikan jaringan 2-1 pada minit ke-63. Pasukan tuan rumah cuba mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua namum buntu dan memaksa pasukan pelawat mendapatkan tiga mata di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1.

Comments (1)

  1. Attractive portion of content. I just stumbled upon your website and
    in accession capital to assert that I get actually enjoyed
    account your blog posts. Anyway I’ll be subscribing for your feeds or even I fulfillment you get
    admission to consistently rapidly.

    Also visit my web blog oku

Leave a Reply