Rumusan Perlawanan Piala FA : Terengganu FC vs Selangor FC

Hari perlawanan pentas separuh akhir Piala FA Malaysia 2022 dan menunjukkan Pasukan Terengganu FC bertemu Selangor FC yang berlangsung Di SSMZA antara tiket yang akan ke pentas akhir semestinya akan bertemu Pasukan Johor Darul Ta’zim.

Sepak mula menunjukkan kedua-dua pasukan aggressive mencari gol awal dimana Pada minit ke-17 peluang bagi Pasukan Terengganu FC apabila hantaran tepat Faisal Halim ke arah Kipre Tcheche menanduk laju ke arah gawang tersasar. Pada minit ke-23 peluang tercipta bagi Pasukan selangor FC apabila hantaran Quengtin Chen kepada Hakim Hassan mudah menjaringkan gol pertama dengan jaringan 1-0. Terengganu FC mencuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama namum gagal hinggal tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Pasukan Terengganu FC menyamakan kedudukan dengan jaringan 1-1 apabila Faisal Halim meluru masuk ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol yang cantik. Pada minit ke 59 Pasukan tuan rumah membuat satu pertukaran dengan mengeluarkan Faiz Nasir dan memasukkan Nik Sharif, manakala Selangor FC juga mengeluarkan Brendan gan dan memasukkan Alif Haiqal.

Seterusnya Terengganu FC terpaksa mengeluarkan ketua pasukan Kipre Tcheche akibat mengalami kecederaan dan mengantikan Syafiq ismail. Beberapa serangan yang dilakukan oleh kedua-kedua pasukan pada masa tambahan dan sekaligus menjadikan pasukan Terengganu FC berjaya menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dan menempah tiket ke perlawanan akhir!!

Leave a Reply