Rumusan Perlawanan: TFC vs PJ City FC

Liga Super Malaysia antara Pasukan Terengganu FC menentang Pasukan PJ City FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan Perlawanan yang ke 12 dimana menunjukkan Pasukan Terengganu FC memberi tekanan kepada pasukan pihak lawan bagi mendapatkan jaringan awal. Pada minit ke 29 Terengganu FC hampir-hampir memecah tembok Pasukan PJ City Fc ini selepas memiliki sepakan percuma dan mempunyai peluang keemasan untuk jaringan pertama dari Nik Sharif, namum dibatalkan oleh pengadil perlawanan selepas kesilapan pemain Terengganu FC yang dilakukan akibat melanggar penjaga gol Pj City FC, Kalamullah.

Cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah namum gagal bagi meraih jaringan pada separuh masa pertama dengan jaringan 0-0.

Memasuki separuh masa kedua pasukan PJ City FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk pemain sayap Kogileswaran dan Kumaarahan. Turut serta bagi pasukan Terengganu FC juga membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Rahmat Makasuf dan Syafiq Ismail.
Selepas itu Peluang yang terhidang oleh Terengganu FC dengan percubaan pantas oleh Petrus Shitembi ditepis oleh Penjaga gol kebangsaan, Kalamullah.
Pasukan PJ City FC terus membina tembok yang kukuh memaksa pasukan tuan rumah mengutip hanya satu mata dihalaman sendiri hingga ke wisel penamat dengan jaringan 0-0.

Leave a Reply