
KEADAAN MANUEL OTT BERTAMBAH BAIK DAN DIJANGKA DAPAT BERSAMA PASUKAN UNTUK AKSI SUKU AKHI PIALA FA
Pemain perancang tengah Terengganu FC, Manuel Ott yang terpaksa dikeluarkan lebih awal semalam iaitu pada minit ke-68 kerana keadaan semasa beliau dilihat tidak mengizinkan untuk terus beraksi dan dikhuatiri bakal melarat jika beliau meneruskan permainan sememangnya merasa kecewa kerana tidak dapat terus membantu pasukan sehingga ke minit akhir perlawanan.
Selepas rehat separuh masa pertama, Manuel Ott dikatakan masuk ke bilik persalinan menyatakan beliau rasa tidak selesa bernafas sebelum mendapat bantuan dari staf medikal Terengganu FC untuk beliau meneruskan aksi di separuh masa kedua. Namun, setelah hampir 23 minit beraksi pada separuh masa kedua, melihatkan situasai beliau ditengah padang, pasukan melihatkan ianya sangat berisiko untuk pemain ini terus beraksi sebelum membuat pertukaran pemain.
Namun pada pagi ini, keadaan Manuel Ott dilihat semakin baik dan mungkin memerlukan sedikit rehat kerana beliau dan para pemain lain bakal berangkat pulang ke Terengganu pada hari ini untuk terus membuat persediaan menjelang aksi suku akhir pada Sabtu ini selang 2 hari selepas perlawanan semalam.
Manuel Ott dan beberapa pemain yang mengalami demam sebelum perlawanan sebelum ini diharapkan cepat sembuh untuk mendapatkan kecergasan penuh memandangkan perlawanan penting pada Sabtu ini sangat memerlukan sentuhan para pemain ini.