ULASAN PERLAWANAN TERENGGANU FC vs SRI PAHANG FC

Pertembungan Liga Super Malaysia 2022 “East Coast Derby” Terengganu FC menentang Sri Pahang FC pada malam ini menyaksikan Pasukan Terengganu FC membuat perubahan dengan menyenaraikan pemain import Petrus Shitembi untuk beraksi.

Pasukan Terengganu FC membuat kejutan dengan jaringan awal pada minit pertama apabila, lorongan cantik daripada Petrus Shitembi dan disudahi mudah oleh Kpah Sherman dengan jaringan 1-0.

Beberapa serangan dilakukan oleh Pasukan Terengganu FC, namum gagal untuk mencari jaringan dan disudahi dengan jaringan 1-0 pada separuh masa pertama.

Memasuki babak separuh masa kedua Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Syafiq ismail dan Arif Fadzillah swkaligus mengeluarkan Nik Syarif dan Alif Zakaria. Pada minit ke- 79 pasukan Terengganu FC dihadiahi tendangan penalti akibat kekasaran pemain pertahanan Sri Pahang FC ke atas Faisal Halim dan disudahi oleh Faisal Halim memberi jaringan 2-0 kepada pasukan Terengganu FC.

Namum Pasukan Sri Pahang bangkit pada minit ke-87 dengan jaringan pertama oleh Abdul Malik dengan lorongan William Rowley mudah untuk pasukan Sri Pahang menjaringkan gol pertama. 5 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan memberi kemenangan buat Pasukan Tuan Rumah dengan jaringan 2-0.

Leave a Reply