JUALAN TIKET PERLAWANAN PERTAMA TERENGGANU FC SELEPAS 50 HARI TANPA PERLAWANAN LIGA LARIS

Dimaklumkan sejak semalam sehingga hari ini, jualan tiket online bagi perlawanan Terengganu FC menentang pasukan Kuala Lumpur City FC laris. Sambutan oleh para penyokong Terengganu terutamanya yang semestinya sangat dahagakan untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi ini menunjukkan bahawa mereka sangat teruja untuk kembali ke stadium.

Pasukan Terengganu FC sebelum ini telah ‘berehat’ panjang dari saingan Liga Malaysia apabila beberapa perlawanan pasukan ini ditangguhkan dan sememangnya ia sedikit mengganggu persiapan pasukan ini kerana sebelum perlawanan ditangguhkan pemain pasukan ini berada dalam prestasi terbaik mereka dengan mencatatkan rekod keputusan positif.

Pasukan Terengganu FC pada ketika ini baru beraksi 4 perlawanan berbanding pasukan Kuala Lumpur FC yang sudah beraksi untuk 9 perlawanan. Ini semestinya memberikan sedikit kelebihan buat pasukan Kuala Lumpur City FC namun begitu harus diingat, aksi pada kali ini berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pasukan Terengganu FC semestinya akan dibantu dengan kehadiran pemain ke-12 mereka iaitu para penyokong tegar pasukan ini yang semestinya bakal menaikkan semangat para pemain yang beraksi di padang untuk memenangi perlawanan ini.

Jualan tiket fizikal di kaunter tiket stadium pula akan mula dijual pada hari perlawanan ( 18 Jun 2022 ) iaitu pada hari Sabtu (esok) bermula jam 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. Namun begitu jumlah tiket fizikal adalah terhad dan penyokong dinasihatkan untuk membuat pembelian secara online dan memberikan peluang bagi mereka yang tidak mahir dalam transaksi atas talian untuk membeli tiket secara fizikal.

 

Leave a Reply