FAVLAIN DAN SI JALI SECARA RASMI PEMAIN TERENGGANU FC ESPORTS DALAM KEJOHANAN UNIFI EMFL 2022

Pasukan Terengganu Football Club Esports mempersiapkan pasukan bagi saingan bagi kejohanan e-sukan unifi eMFL Liga Super 2022 yang akan berlangsung pada bulan April 2022 sehingga Jun 2022 dengan menandatangani kontrak dua pemain yang berprofil tinggi bagi kategori sukan ini.

Semalam di pejabat pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) telah berlangsung sesi tandatangani kontrak pemain iaitu Muhammad Faiz Hariry Bin Mohamad Fodzai yang lebih dikenali sebagai ‘FAVLAIN’ dan juga Rinie Bin Ramli dikenali sebagai ‘SI JALI’ disaksikan oleh Muhammad Zainudin Solahudin, Pengurus Sumber Manusia TFCSB dan juga Afiqi Afendi wakil dari Esports Malaysia Terengganu (ESMT).

Pihak ESMT adalah pihak yang telah bertanggungjawab dalam membuat kerjasama bersama pihak pengurusan ini dalam pencarian pemain eSports bagi kejohanan ini dan telah menyenaraikan Favlain dan Si Jali sebagai calon terbaik yang dilihat mampu untuk membawa kejuaraan buat Terengganu Football Club Esports bagi kejohanan unifi eMFL musim 2022.

Selamat berjuang diucapkan buat Favlain dan juga Si Jali bersama Terengganu Football Club Esports.

Sesi tandatangani kontrak pemain Terengganu Football Club Esports

Sesi tandatangani kontrak pemain – Favlain

 

Berikut adalah rekod pencapaian kedua-dua pemain :

FAVLAIN

Rekod Pencapaian FAVLAIN :
1. EA Champion’s Cup Summer 2016: 3rd place
2. National Championship Season 6&7: Champion
3. Malaysian Football League (eMFL): Champion
4. unifi eMFL LIGA SUPER 2021: Champion
5. EA Sports FIFA Global Series East Asia Playoff 2021: Top 4
6. Malaysia Esports Championship (MEC) 2021 & 2022: Champion
Rekod Pencapaian dibawakan khas oleh : Esports Malaysia Terengganu
SI JALI
Rekod Pencapaian SI JALI :
1. Juara Asia 3x World Cyber Games Asia 2006 & 2008 dan Intel Asia 2008
2. No. 4 dunia World Cyber Games 2005
3. No. 2 EMFL 2021
Rekod Pencapaian dibawakan khas oleh : Esports Malaysia Terengganu

Comments (2)

  1. FloydSlino

    buying prescription drugs in mexico online: mexican pharmacy – mexican border pharmacies shipping to usa

  2. Williamfew

    reputable indian online pharmacy http://indiaph24.store/# п»їlegitimate online pharmacies india
    cheapest online pharmacy india

Leave a Reply