KENYATAAN MEDIA : INSIDEN PERGADUHAN PERLAWANAN TERENGGANU FC II MENENTANG PENANG FC

Perlawanan terakhir bagi Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 pada 09 Februari 2022 sepak mula 08.15 malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu diantara pasukan Terengganu FC II menentang Penang FC semalam terpaksa ditamatkan lebih awal setelah berlaku kekecohan dan pergaduhan diantara pemain kedua-dua pasukan.

Merujuk kepada maklumat pegawai yang bertugas serta video rakaman perlawanan, pergaduhan semalam bermula pada minit ke-45 + 3 setelah pemain Penang FC tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti dan keadaan ini membuatkan para pemain Terengganu FC II meraikan kegagalan tersebut dan salah seorang pemain Terengganu FC II berjersi nombor 23 meraikannya dihadapan pemain Penang FC berjersi nombor 14 tanpa sebarang sentuhan dilakukan. Pasukan Terengganu FC II telah mendahului 1-0 sebelum insiden berlaku. Pemain Penang FC berjersi 14 tersebut bertindak balas dengan menumbuk bahagian belakang pemain Terengganu FC II berjersi 23. Keadaan ini mencetuskan kekecohan dan disusuli dengan pemain Penang FC berjersi nombor 9 melakukan terjahan ke atas bahagian belakang badan pemain Terengganu FC berjersi nombor 11. Salah seorang pemain Terengganu FC II berjersi nombor 19 bertindak balas dengan turut melakukan terjahan ke atas pemain Penang FC berjersi nombor 9. Keadaan semakin tidak terkawal apabila berlaku pergelutan hampir kesemua pemain. Setelah hampir berjaya dileraikan, pemain Terengganu FC II yang dikejar 2 orang pemain Penang FC bertindak balas dengan mempertahankan diri secara spontan menumbuk muka pemain Penang FC berjersi nombor 28 dan keadaan tersebut menyebabkan berlaku pendarahan dibahagian hidung pemain tersebut. Pihak pegawai keselamatan, pegawai pasukan serta pegawai perlawanan seterusnya berjaya mengawal kekecohan yang berlaku dan perlawanan separuh masa pertama ditamatkan dan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.

Setelah perbincangan bersama pihak pengadil perlawanan, penilai pengadil, Koordinator perlawanan, dan wakil kedua-dua pegawai pasukan, kesemua pihak bersetuju untuk meneruskan perlawanan bagi aksi separuh masa kedua. Pihak penganjur juga memberi jaminan keselamatan dengab menempatkan anggota keselamatan dan petugas di kawasan kedua-dua pasukan. Para pemain dan pegawai pasukan Terengganu FC II telah keluar dari bilik persalinan menuju ke padang untuk meneruskan perlawanan manakala pemain-pemain pasukan Penang FC tidak mahu meneruskan perlawanan dan meninggalkan bilik persalinan serta menaiki bas pasukan. Untuk makluman juga, pemain Terengganu FC II jersi bernombor 11 juga telah dihukum dengan dilayankan kad merah oleh pengadil perlawanan sebelum diteruskan separuh masa ke-2. Disebabkan pemain-pemain pasukan Penang FC tidak mahu meneruskan perlawanan ini, pengadil menamatkan perlawanan dengan tiupan wisel kerana para pemain Penang FC gagal memasuki padang untuk meneruskan perlawanan. Berdasarkan peraturan pertandingan yang digunapakai ( Peraturan Pertandingan Klausa 17.1 – Tarik Diri atau Gagal Bermain ) Mana-mana pasukan yang gagal, menarik diri serta tidak mahu meneruskan perlawanan, pasukan tersebut akan dikira kalah 3-0. Pihak pengurusan Terengganu FC serta penganjur kejohanan telah berjumpa bersama pihak pengurusan Penang FC seterusnya memohon maaf di atas apa yang telah terjadi melibatkan pergaduhan sesama pemain kedua-dua pasukan setelah tamat kejohanan. Pasukan Penang FC berangkat pulang ke Hotel penginapan dalam keadaan terkawal sepenuhnya. Pihak pengurusan Terengganu FC juga mendoakan agar salah seorang pemain Penang FC yang mengalami kecederaan tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius serta mampu meneruskan karier sebagai seorang pemain professional.

Pihak Pengurusan Terengganu FC akan memanggil pemain-pemain yang terlibat dengan insiden tersebut serta pegawai pasukan Terengganu FC II untuk mendapatkan penjelasan penuh berkenaan perkara yang berlaku. Pihak Terengganu FC juga berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi dan menjadikannya iktibar dan pengalaman untuk penganjuran mendatang.

YBRS. AB RASID BIN JUSOH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TFC
BERTARIKH : 10 FEBRUARI 2022

Comments (5)

  1. FloydSlino

    medication from mexico pharmacy: cheapest mexico drugs – reputable mexican pharmacies online

  2. Williamfew

    online pharmacy india https://indiaph24.store/# Online medicine order
    Online medicine order

  3. DO NOT take soy iso throughout your cycle buy priligy on the internet without a prescription

  4. Prospective study of fertility concerns and preservation strategies in young women with breast cancer dapoxetine for premature

  5. Reliable HVAC Repair Services https://serviceorangecounty.com stay comfortable year-round with our professional HVAC repair services. Our experienced team is dedicated to diagnosing and resolving heating, cooling, and ventilation issues quickly and effectively.

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot