KPAH SHERMAN MENYERTAI SKUAD TERENGGANU FC BAGI SAINGAN LIGA MALAYSIA 2022
Skuad Terengganu FC 2022 akan diperkuatkan dengan penyerang yang berasal dari negara Liberia, Kpah Sherman setelah beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama pasukan ini untuk tempoh kontrak selama 1 tahun.
Kpah Sherman yang beraksi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC bagi saingan musim lepas memutuskan untuk berhijrah ke pasukan ini atas beberapa faktor dan antara faktor utama adalah beliau melihatkan corak permainan pasukan Terengganu FC sangat bersesuaian dengan cara yang beliau bermain dan beliau sendiri melihatkan pasukan ini mampu memburu kejuaraan pada musim yang akan datang. Penyerang yang berjaya menghasilkan 13 gol bersama KDA FC bagi saingan Liga Super 2021 tetap memilih untuk berhijrah walaupun bekas pasukannya itu bakal beraksi di saingan pentas Asia bagi musim hadapan kerana meminati gaya permainan pasukan ini yang baginya mampu meningkatkan lagi kualiti permainan yang ada pada beliau.
Kpah menyatakan beliau begitu komited dan semangat untuk membantu pasukan Terengganu FC memburu kejuaraan kerana melihatkan pasukan ini telah menyasarkan untuk memburu piala pada musim 2022 dan beliau merasakan itu satu tempoh yang sangat sesuai dengan melihatkan pemain-pemain yang ada bersama pasukan ini terutama pemain muda telah memasuki tempoh tahun ke-3 bersama dan keserasian yang ditampilkan dalam setiap aksi adalah luar biasa dan beliau ingin menjadi salah seorang pemain yang bakal melengkapkan ‘puzzle’ kejuaraan pasukan ini.
Kpah Sherman yang juga merupakan salah seorang penyerang suad kebangsaan negaranya ini akan menyarung jersi bernombor 9 bersama pasukan Terengganu FC pada musim hadapan.
#TerengganuFc
#Webleedblackandwhite