KUOTA PEMAIN IMPORT BUKAN SATU KEUTAMAAN

Tiada lagi kepastian dalam persediaan skuad Terengganu FC bagi menghadapi saingan kedua peringkat suku akhir sama ada dapat menggunakan khidmat pemain tonggakataupun sebaliknya. Kecederaan yang dialami oleh pemain tengah Habib Haroon dalam perlawanan pusingan pertama tempohari masih memerlukan sedikit pemerhatian daripada jurulatih kecergasan bagi memastikan pemain itu cukup cergas sebelum diturunkan untuk aksi pada malam esok. Barisan pertahanan pula pula dilihat akan kekal menggunakan khidmat Argzim Redzoic bagimenggantikan Carli de Murga yang masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami.

Menurut perkembangan semasa yang diberikan oleh Pengurus Zulfadhli Rozi, meskipun mungkin hanya dapat menggunakan 3 khidmat pemain import, barisan pemain yang sedia ada tetap melontarkan keyakinan untuk turun dengan aksi terbaik dan memperbaiki beberapa kekurangan dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainbal Abidin pada Ahad lalu. Berkelebihan 1 jaringan tidak menjadikan para pemain berasa selesa dan komitmen yang akan diberikan pada perlawanan malam ini adalah sangat tinggi demi memastikan tempat ke peringakat separuh akhir Piala Malaysia 2021.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor