ULASAN PERLAWANAN KUCHING CITY FC vs TERENGGANU FC

Aksi terkahir Kumpulan B saingan TM Piala Malaysia 2021, Terengganu FC bertandang ke Stadium Negeri, Kuching bagi melengkapkan jadual menentang Kuching City FC. TFC turun dengan kebanyak pemain dari TFC II tidak memberi laluan mudah kepada Kuching City FC apabila skuad kendalian Irfan Bakti tampak sukar untuk memasuki kawasan gol TFC.

Pelawat yang sudah menjadi juara Kumpulan B itu tidak mahu rekod tanpa kalah dileburkan apabila terlebih dahulu berdapa di hadapan hasil jaringan Rahmat Makasuf yang menewaskan penjaring gol dengan rembatannya pada minit ke-19.

Memasuki babak kedua permainan, tuan rumah tidak menunggu lama apabila terus menyamakan kedudukan pada minit ke-46 melalui Yuta Suziki.

TFC mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan Kumpulan B TM Piala Malaysia musim ini apabila permainan berkesudahan seri 1-1.