TERENGGANU FC x TRELEAF MART HOMECARE PRODUCT
Terengganu Football Club Sdn Bhd telah menandatangani kerjasama perniagaan dalam penghasilan produk penjagaan rumah bersama syarikat TreLeaf Mart Sdn Bhd. Kerjasama adalah salah satu inisiatif dalam usaha kelab untuk menjana pendapatan tambahan dan syarikat TreLeaf Mart bersedia untuk membantu dalam menyumbang dana pembuatan barangan-barangan yang bakal dihasilkan.
Produk pertama yang dihasilkan melalui kerjasama ini adalah sabun pencuci tangan semula jadi ( Natouch White Rose ” Terengganu Football Club ” ). Produk ini akan mula dijual kepada orang ramai bermula hari ini, 3 November 2021. Sabun ini dijual dengan kadar harga yang sangat berpatutan iaitu RM7.99 sebotol dan boleh didapati di kesemua cawangan TreLeaf Mart di Terengganu.
Pengarah Urusan TreLeaf Mart Sdn Bhd, Encik Kweh Soo Teong menyatakan beliau sangat berbesar hati untuk menjadi antara syarikat yang dapat membantu kelab bola sepak dari negeri ini untuk menjana pendapatan disamping beliau melihatkan ini salah satu kerjasama jangka masa panjang yang dapat memperkembangkan lagi perniagaan bagi kelab ini pada masa-masa akan datang.
Antara produk lain yang bakal menemui orang ramai tidak lama lagi adalah antaranya pencuci lantai dan juga pencuci pinggan mangkuk. Diharapkan kerjasama ini menjadi antara penyumbang buat kelab ini dan para penyokong dapat memberikan sokongan dengan membeli barangan-barangan yang mampu menjana pendapatan kelab ini.
Pihak TreLeaf Mart Sdn Bhd sempat berkongsi tentang peranan dan misi mereka sebagai salah satu rangkaian pasaraya yang menjalankan perniagaan runcit di negeri ini, mereka berpegang kepada 6 nilai asas dalam perniagaan mereka iaitu, pertamanya semua adalah dibawah satu bumbung, kedua lokasi perlu strategik, ketiga lebih jimat, keempat dapat jimatkan masa, kelima kualiti perlu bagus dan yang terakhir mempunyai pelbagai pilihan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak TreLeaf Mart Sdn Bhd yang sudi untuk sama-sama menyumbang dana dan usaha dalam membantu kelab ini untuk terus melangkah ke hadapan dan lebih berjaya pada masa-masa akan datang.
Sekitar hari pengenalan produk
Para pemain yang turut hadir
Kweh Soo Teong menunjukkan produk keluara TreLeaf Mart kepada CEO Terengganu Football Club Sdn Bhd disaksikan ketua pasukan.