RUMUSAN PERLAWANAN TERENGGANU FC vs KUCHING CITY FC

Perlawanan pertama saingan TM Piala Malaysia 2021 bagi kumpulan B yang membabitkan Terengganu FC dan Kuching City FC berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tepat 9.00 malam. Terengganu FC turun dengan sedikit berbeza di barisan hadapan dengan meletakkan Jordan Mintah sebagai penyerang tunggal mereka.

TFC mendapat hadiah sepakan penalti apabila Jordan Mintah dijatuhkan penjaga gol Kuching City FC pada minit ke-18. Sepakan yang diambil oleh Lee Tuck ditempis mudah oleh penjaga gol namun bernasib baik apabila pengadil menyatakan sepakan penalti tersebut tidak sah kerana penjaga gol Kuching City FC terlalu awal ke hadapan melebihi garisan gol. Sepakan penalti kedua Lee Tuck akhirnya berjaya meletakkan TFC dihadapan pada minit ke-22.

Memasuki babak kedua permainan, tidak menunggu lama TFC menambah jaringan melalui sepakan kencang Faisal Halim apabila bola muntah dari tandukan Makan Konate pada minit ke-47. TFC dilihat terus selesa mengawal permainan sehingga tamat permainan. Keputusan perlawanan TFC 2 – 0 Kuching City FC.