RUMUSAN PERLAWANAN PENANG FC vs TERENGGANU FC
Perlawanan terkahir Liga Super 2021 yang membabitkan pasukan Penang FC selaku tuan rumah berdepan kunjungan Terengganu FC bagi merebut tempat kedua dan ketiga Liga Super bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan KDA FC yang berdepan Melaka United. Permainan yang agak laju dari kedua-dua pasukan.
TFC mendapat peluang awal apabila larian David Da Silva melepasi benteng pertahanan namun bentehan dari belakang Latif Suhaimi memberikan penalti kepada TFC dan Latif dilayangkan kad merah seawal minit ke-14. Penalti yang diambil oleh penyerang TFC tersebut, David Da Silva tidak mendatangkan masalah kepada penjaga gol Penang FC untuk menampan keluar.
Tidak lama kemudian, TFC mendapat sepakan penjuru yang diambil oleh Lee Tuck, disempurnakan oleh ketua pasukan, Argim Redzovic dengan tandukan tepat ke gawang gol. Memasuki minit ke-40, Penang FC berjaya menyamakan kedudukan hasil set piece menarik gerakan dari bawah dan Sheridden Bobovev berada dalam kedudukan terbaik untuk menghabiskan bola ke gawang gol. Memasuki masa tambahan separuh masa pertama, Penang FC sekali lagi berjaya menghasilkan gol kedua mereka melalui tandukan Cassagrande, taman separuh masa Penang FC berada di hadapan dengan dua gol berbalas satu.
Memasuki babak kedua, perlawanan sedikit perlahan. TFC jelas tidak menemui rentak permainan apabila beberapa lorongan dan hantaran tidak tepat dan hilang bola begitu sahaja. Namun pada minit-minit akhir permainan, Lee Tuck berjaya membuat beberapa sepakan ke arah gol, namun tidak berhasil untuk menjaringkan gol penyamaan. Memasuki minit ke-72, Lee Tuck sekali lagi melepaskan sepakan ke arah gol dan kali ini berjaya melepasi penjaga gol sekali gus memberikan semangat kepada rakan pasukan untuk mencari gol kemenangan.
5 minit masa tambahan diberikan pengadil, beberapa aksi panas terjadi diakhir permainan. Perlawanan berkahir dan memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata. Penang FC 2 – 2 Terengganu FC.