PERLAWANAN TERAKHIR SAINGAN LIGA SUPER 2021

Perlawanan terakhir Liga Super pada tahun ini bakal menemukan pasukan Terengganu FC dengan pasukan dari utara, Penang FC. Sebagai rekod, pasukan Penang FC berjaya menumpaskan pasukan Terengganu FC di Terengganu bagi aksi pusingan pertama liga dengan jaringan 1-4.

Perlawanan ini boleh dikira merupakan perlawanan penting buat Terengganu FC dan juga Penang FC kerana ia bakal menentukan perubahan kedudukan kedua-dua pasukan ini dalam carta liga musim ini. Perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 12 September 2021 boleh dikira sebagai perlawanan tumpuan pada minggu hadapan.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan perlawanan ini dijangka berlangsung sengit kerana semestinya setiap pemain mahu memberikan komitmen yang penuh bagi perlawanan ini dan ini juga adalah merupakan perlawanan terakhir mereka di saingan Liga Super dan aksi inilah yang bakal menentukan kedudukan pasukan mereka. Nafuzi yakin pasukan lawan bakal hadir dengan barisan terkuat mereka dan pasukan kita juga akan menurunkan kesebelasan utama terbaik bagi perlawanan ini.

Walaupun berkemungkinan masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan, Nafuzi tetap yakin pada perlawanan kali ini, pasukan kita lebih bersedia terutama di bahagian pertahanan kerana seperti yang kita tahu pasukan Penang FC mempunyai penyerang yang berkualiti dengan kelebihan fizikal dari segi ketinggian. Kita cuba atasi segala kekurangan dan kelemahan bagi perlawanan lepas serta perlawanan yang kita tumpas kepada Penang FC sebelum ini demi memastikan semua kekurangan ini dapat kita perbaiki bagi perlawanan kali ini seterusnya untuk melaksanakan misi 3 mata. InsyaAllah pasukan kita akan membalas kepercayaan para penyokong dengan kemenangan.

#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
#WINBACKMISSION