ULASAN PERLAWANAN PJ CITY FC vs TERENGGANU FC
Perlawanan Liga Super Malaysia 2021 antara PJ City FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam ini adalah perlawanan yang ke-17. TFC seperti biasa memberi tekanan awal kepada pihak lawan apabila Azam Azmi mensia-siakan peluang jaringan hasil sepakan lemah beliau. Sekembalinya tonggak utama TFC, Makan Konate setelah direhatkan perlawanan menantang Sabah FC tempoh hari, pada malam ini apabila beliau dilihat sangat bersemangat membuat gerakan gerakan untuk membuka ruang serangan. Masuk minit ke-12 TFC berada dihadapan apabila lorongan daripada Azam Azmi kepada Derchi Marcell sekaligus menewaskan Penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz.
Selepas mendapat jaringan pertama, TFC dilihat memperlahankan sedikit permainan dan menyebabkan pasukan PJ City perlu bekerja keras untuk menyamakan kedudukan bagi perlawanan liga super pada malam ini. Memasuki minit ke-41 Hakimi Abdullah mendapat satu kad kuning pertama apabila melakukan terjahan keras kepada pemain PJ City FC. 2 minit masa tambahan untuk separuh masa pertama berkahir dengan TFC 1 – 0 PJ City FC.
Memasuki babak kedua, TFC membuat pertukaran terus dengan membawa masuk Faiz Nasir bagi menggantikan Hakimi Abdullah yang dilihat mengalami kecederaan pada separuh masa pertama tadi. TFC terus memperoleh peluang memnambah jaringan apabila rembatan kencang daripada David Da Silva tersasar ke sebelah kiri gawang gol. Namun peluang seterusnya hadir setelah Faisal Halim mendapat ruang yang baik untuk menjaringkan gol, tetapi dinafikan penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-58.
Tidak lama kemudian, PJ City FC melakukan dua pertukaran untuk percaturan baru mereka bagi memecah kebuntuan merapatkan jurang jaringan. Memasuki minit ke-69 TFC membuat pertukaran kedua mereka dengan mengeluarkan Faisal Halim dan digantikan Rahmat Makasuf.
Pada minit 82 Terengganu FC dilihat terus membuat percaturan baru apabila membuat pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Derchi Marcell dan memasukkan pemain berasal dari Perak iaitu Nasir Bashiruddin. Peluang keemasan tidak disia-siakan apabila hantaran cantik daripada Makan Konate kepada David Da Silva melepasi semua pertahan PJ City, dengan melengkapkan gol kedua Terengganu FC menjadikan TFC dihadapan dengan jaringan 2-0.
Tambahan masa 4 minit yang diberikan oleh pengadil perlawanan tidak disia-siakan TFC apbila rembatan Rahmat Makasuf hasil bola muntah daripada penjaga gol PJ City FC berjaya meletakkan TFC selesa dengan tiga gol tanpa balas.