ULASAN PERLAWANAN MELAKA UNITED vs TERENGGANU FC
Perlawanan antara Terengganu FC dan Melaka United FC yang berlangsung di Stadium Hang jebat pada malam ini merupakan perlawanan ke-15 Liga Super Malaysia. Terengganu FC kelihatan terus memberikan kepercayaan kepada semua kesebelasan utama perlawanan menentang Perak FC sebelum ini. namun hanya ada satu pertukaran di antara Nazarul Nazarith dan Azam Azmi.
Minit-minit awal permainan kelihatan pasukan Melaka United mengawal perlawanan dengan cukup berhati-hati dengan meletakkan kedua-dua pemain import baru yang berasal daripada Brazil dalam kesebelasan utama mereka. Pada 10 minit pertama permainan, kedua-dua pasukan masih lagi tercari-cari rentak dan tiada sebarang percubaan yang memberangsangkan bagi mencari jaringan awal untuk berada dalam kedudukan lebih selesa.
Memasuki minit ke-25 ketua pasukan Terengganu FC terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan Ahmad Faudzi dibawa masuk untuk mengemudi jentera petahanan pasukan. Pasukan Melaka United FC dilihat bermula garang memasuki minit ke-32 apabila gerakan solo daripada Sonny Norde berhasil apabila menjaringkan gol pertama bagi pasukan Melaka United Fc. Dua minit masa tambahan diberikan oleh pengadil tidak cukup untuk Terengganu FC yang dilihat mengawal permainan untuk mencari gol balas.
Bagi separuh masa kedua, pasukan Terengganu FC dilihat terus menyerang untuk mencari gol penyamaan, akan tetapi lini pertahanan Melaka United sangat berdisiplin dalam mengawal gerakan gerakan pihak lawan. Pada minit ke-60 ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memasukkan super-sub mereka, Hakimi Abdullah untuk mengganti
kan Faiz Nasir di posisi sayap kanan, dan satu lagi pertukaran mengeluarkan Nazarul Nazareth adan digantikan dengan Azam Azmi.Pada minit ke-75 TFC dilihat terus buntu mencari gol penyamaan, sekali lagi Nafuzi Zain merubah percaturan dengan membuat pertukaran membawa masuk Sharien Sapien dan mengeluarkan pemain Tengah Terengganu FC, Makan konate. Malang sekali lagi, Terengganu FC dihukum dengan jaringan kedua Melaka United hasil rembatan leret daripada Adriano menewaskan penjaga gol TFC, Suhaimi Hussin dengan jaringan 2-0.
Tambahan masa 3 minit yang diberikan oleh pengadil, namun jaringan kekal dengan kemenangan berpihak kepada Melaka United dengan jaringan 2-0 di Stadium Hang Jebat..