TFC JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA eSPORTS MALAYSIA TERENGGANU (ESMT) TUBUHKAN PASUKAN BOLA SEPAK VIRTUAL TERENGGANU FC

Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) kini terus mengorak langkah dengan usaha sama dalam menceburi bidang sukan elektronik atau lebih dikenali e-Sukan iaitu sebuah bidang sukan yang telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara (MSN). Sukan ini adalah sejenis sukan menggunakan peralatan elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian dan e-Sukan merupakan sebuah industri serta sumber ekonomi baharu kepada para individu yang meminati permainan video maya secara positif.

TFC kini menjalankan kerjasama strategik bersama pihak Esports Malaysia Terengganu (ESMT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak virtual Terengganu FC menjadikan pasukan ini sebagai kelab bolasepak professional Malaysia yang pertama yang mempunyai pasukan bola sepak virtual. Kerjasama strategik bersama pihak ESMT ini juga bakal membantu pengurusan TFC membentuk pengurusan operasi pasukan dan semua yang berkaitan sukan ini. Pemain yang bakal menyertai pasukan Terengganu FC bakal menyertai kejohanan permainan FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) khususnya di peringkat kebangsaan. Perangkaan jangkamasa panjang juga dirancang untuk membawa nama Terengganu FC ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kerjasama dalam penganjuran kejohanan juga turut menjadi cabang kerjasama diantara kedua-dua belah pihak dan melalui agenda ini dilihatkan ia dapat terus memperkembangkan penyertaan Terengganu FC dalam arena e-Sukan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Y.brs Encik Ab Rasid Bin Jusoh berkata, dengan penglibatan dalam bidang e-Sukan ini, ianya bakal membuka peluang besar kepada pemain e-Sukan yang unik ini. Melihatkan pasaran besar penggiat dan peminat e-Sukan di Malaysia, sasaran yang relevan untuk memasarkan jenama TFC ke peringkat Global. Disamping itu juga, penubuhan pasukan di landasan e-Sukan ini juga antaranya untuk memastikan bidang sukan ini berkembang dan terus bertapak di Malaysia seiring dengan perkembangan di peringkat global. Ianya mampu membentuk dasar penyelarasan dalam e-Sukan itu sendiri dengan melatih dan mendidik para pemain untuk membantu meningkatkan taraf permainan seterusnya mendapatkan pengiktirafan antarangbangsa. Keyakinan untuk orang ramai menceburi bidang e-Sukan ini akan semakin tinggi tanpa bimbang dalam menjadikan e-Sukan sebagai kerjaya yang menguntungkan.

Bagi Presiden eSports Malaysia Terengganu, Encik Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani, beliau melihatkan kerjasama ini adalah merupakan kerjasama yang sangat positif dan apa yang lebih menarik, kerjasama seperti ini adalah pertama kali dijayakan di Malaysia yang melibatkan pasukan bolasepak utama negeri. Baginya, dengan kerjasama ini ESMT akan berupaya menjadi sebuah oraganisasi sukan yang mampu menyediakan landasan terbaik untuk melahirkan atlet pelapis serta juara sukan elektronik terutama dari negeri Terengganu pada masa akan datang sekaligus mampu mengharumkan nama Terengganu di peringkat yang lebih tertinggi.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor