RUMUSAN PERLAWANAN TERENGGANU FC vs PENANG FC

Pertemuan antara pasukan Terengganu FC menentang Penang FC pada malam ini yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan perlawanan yang ke sebelas bagi kedua dua pasukan untuk Liga Super 2021. Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menjelaskan bahawa persediaan untuk pasukan Terengganu FC menghadapi pasukan Penang Fc adalah sama sahaja seperti yang dilakukan untuk perlawanan sebelum ini. Beliau menegaskan bahawa Pasukan Penang FC adalah pasukan yang terbaik pada musim ini, dengan itu Terengganu FC haruslah berwaspada..

Wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan menunjukkan kedua-kedua pasukan mencari misi 3 mata. Pasukan Penang FC mendapat peluang awal pada minit ke-2 apabila percubaan pertama dinafikan oleh penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin. Seterusnya peluang bagi TFC hadir apabila Makan Konate merembat kencang tetapi ditangkap kemas oleh penjaga gol Penang Fc Tian Keat See.

Seterusnya peluang bagi pasukan Penang FC melalui sepakan penjuru apabila pemain import Sheridden Boboev menanduk terus bola masuk ke dalam gawang gol lawan dengan menewaskan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin sekali gus mendahului permainan pada minit ke-7. Memasuki minit ke-20, pasukan dari utara tanah air itu terus cermelang dengan sepakan penjuru apabila Endrick Dos Santos membuat percubaan melalui tandukan dan terus memasuki gawang Terengganu FC dengan jaringan 2-0.

Pasukan TFC dilihat terus mencari peluang untuk menjaringkan gol apabila tandukan bahaya oleh David Da Silva, dapat ditepis oleh penjaga gol Penang Fc, Tian Keat See. Tambahan masa diberikan oleh pengadil perlawanan, namun pasukan Terengganu FC buntu untuk mencari jaringan bagi mendekati jurang gol menyebabkan untuk perlawanan separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0.

Separuh masa kedua bermula menunjukkan Pasukan Terengganu FC membawa masuk Faiz Nasir dan mengeluarkan Nik Akif bagi mengendalikan  bahagian sayap. Tetapi bagi Penang FC pula, mereka lebih menumpukan bahagian pertahanan apabila membuat penukaran Danial Asyraf dan bermain secara bertahan. pada minit ke-58 peluang bagi TFC menerusi Hakimi Abdullah berhasil apabila rembatan kencang menwaskan penjaga gol Penang FC, jaringan semasa menjadi 2-1. Namun Penang FC tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan jaringan balas apabila Pemain import Anselmo Arruda menanduk mudah ke dalam gawang gol memaksa jaringan menjadi 3-1.

Tidak lama kemudian Penang FC terus menutup peluang TFC bagi mengejar 3 mata apabila Anselmo Arudda sekali lagi menanduk mudah  menewaskan penjaga gol Suhaimi Hussin. Pada minit ke-69 Ternegganu FC membuat pertukaran mengeluarkan Arif fadzillah dan membawa masuk Azrul Nazareth. Tidak lama selepas itu sekali lagi TFC membuat pertukaran yang ketiga apabila memasukkan Rahmat Makasuf dan mengeluarkan pemain sayap Faisal Halim. Seterusnya Makan Konate terus mencari peluang dengan rembatan kencang namun, Tian Keat See menafikan peluang itu. Memasuki minit ke-85 Pasukan Terengganu FC membuat pertukaran yang ke empat apabila membawa keluar Hakimi Abdullah dan membawa masuk Arif Anwar. Baki 3 minit perlawanan, Penang FC membuat dua pertukaran bagi menguatkan jentera pertahanan mereka. Tambahan masa diberikan oleh pengadil perlawanan namun tiada apa yang bahaya dilakukan oleh tuan rumah. Perlawanan berakhir Terengganu FC tewas kepada Penang FC dengan 4 jaringan berbalas 1.