RUMUSAN PERLAWANAN JOHOR DARUL TA’ZIM vs TERENGGANU FC

Perlawanan yang dinanti-nantikan pada malam ini, Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’ zim ( JDT ) di Stadium Sultan Ibrahim. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang terbaik untuk kekal bersaing merebut kejuaraan Liga Super pada musim ini.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menegaskan keputusan positif jadi keutamaanya dan terus memberi kepercayaan kepada pemain import daripada Brazil, David Da Silva biarpun sebelum ini diselubungi isu ketumpulan penyudah disebabkan isu kecederaan yang dialaminya.

Sepak mula antara Pasukan Terengganu FC dan JDT yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menunjukkan kedua-dua pasukan bermula dengan agresif untuk mencari jaringan awal. Pada minit ke-4 peluang menyusuri bagi pasukan JDT apabila tendangan daripada Cabrera mudah diselamatkan oleh Suhaimi. Seterusnya peluang bagi pasukan Terengganu FC muncul apabila lorongan cantik oleh Makan Konate kepada David Da Silva, namun disia-siakan.

10 minit pertama kedua-kedua pasukan mempamerkan permainan yang seimbang. Minit ke-16 David Da Silva kelihatan diterjah keras di dalam kotak penalti namun tidak bagi pengadil perlawanan untuk menghadiahkan sepakan penalti.

Peluang keemasan yang diperolehi oleh pasukan Terengganu FC apabila Faisal Halim hampir-hampir menjaringkan gol pendahuluan namun berjaya dihalang oleh penjaga gol berpengalaman JDT, Farizal Marlias di dalam pertemanbungan satu lawan satu.

Minit ke-33 pasukan JDT mengeluarkan Mauricio apabila mengalami kecederaan dan Syameer Kutty dibawa masuk bagi menggantikannya. Tidak lama kemudian Terengganu FC berjaya mendapat sepakan percuma apabila Faisal Halim sekali lagi dijatuhkan dalam kawasan permainan JDT, namun sepakan percuma Makan Konate terkena benteng JDT. Selang beberapa minit, peluang David Da Silva meletakkan TFC dihadapan yang sudah menewaskan Farizal Marlias, namun diselamatkan oleh tiang gol dan terus memaksa keputusan kekal seri 0-0 untuk separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua menunjukkan pasukan JDT mengawal permainan dan TFC dilihat lebih berhati-hati. Minit ke-48 pemain pertahanan Carli De Murga terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Sharul Nizam akibat dari kecedaraan yang dialaminya. Seterusnya peluang yang diperolehi oleh Terengganu FC disudahkan dengan sempurna oleh Hakimi Abdullah untuk meletakkan TFC dihadapan pada minit ke-56.

Minit ke-72 Terengganu FC mengeluarkan Faisal Halim dan Hakimi Abdullah dan membawa masuk Rahmat Makasuf dan Engku Syakir bagi mengimbangi permainan mereka yang dilihat lebih terarah kepada bertahan. Tidak lama kemudian, Terengganu FC sekali lagi membuat pertukaran dengan membawa masuk Nasir Bashiruddin bagi menggantikan Nik Akif Syahiran untuk mengukuhkan jentera tengah mereka.

Pasukan JDT juga dilihat membuat tiga pertukaran sekali gus dengan mebawa masuk Nazmi faiz, Safawi Rashid dan Ramadhan untuk merapatkan jurang bahagian serangan mereka. Selang beberapa minit Terengganu FC membuat pertukaran terakhir mereka dengan membawa masuk Arif Anwar dan mengeluarkan pemain import daripada Brazil mereka, David Da Silva.

Serangan bertubi-tubi daripada pasukan JDT untuk menyamakan jaringan tetapi tidak berjaya apabila peluang yang dicipta disekat dengan penuh disiplin oleh pertahanan TFC. 6 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan memaksa pasukan JDT akur dengan kekalahan pertama mereka di laman sendiri dengan jaringan 1-0.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor