RUMUSAN PERLAWANAN TERENGGANU FC vs KL CITY FC
Perlawanan di antara TERENGGANU FC menetang KL CITY FC pada malam ini adalah perlawanan ke-9 Liga Super berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 10.00 malam. Pasukan TFC terus memberikan kepercayaan kepada penyerang importnya David Da Silva yang berasal daripada Brazil yang sebelum ini diturunkan di Stadium Darul Aman dan bermain dengan baik selepas berjaya menewaskan pasukan kedah 2-1 selaku penjaring perlawanan menerusi sepakan penalti.
Ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata menjelang perlawanan pada malam ini semua pemain TFC sudah bersedia dan akan mengekalkan momentum perlawanan sebelum ini. Menurut pengurus pasukan pula, Zulfadli Rozi, beliau menyatakan perlawanan pada malam ini bakal mendapatkan suntikan moral untuk mendapatkan 3 mata apabila buat pertama kali kehadiran penyokong kesayangan ke stadium.
Sepak mula di antara Terengganu FC menentang Kuala Lumpur City FC pada minit pertama menunjukkan kedua-dua pasukan bermain secara perlahan. Memasuki minit 4, TFC mempunyai peluang apabila Faisal Halim meluru laju di bahagian tepi dan terus melorongkan bola ke arah David Da Silva, namun disia-siakan.
Memasuki minit ke-10 TFC sekali lagi mempunyai peluang apabila rembatan Hakimi Abdullah ditangkap mudah oleh penjaga gol KL CITY FC, Kevin Ray Mendoza Hansen. Terengganu FC terus mengganas pada minit ke-25 apabila Azam Azmi diterjah keras oleh pemain pertahanan KL CITY FC tetapi diabaikan oleh pengadil.
Kedua-dua pasukan terus mengatur rentak pada separuh masa pertama dan merperlihatkan pasukan KL CITY FC lebih agresif dalam kawasan penalti TFC. Dengan 2 minit tambahan masa diberikan pada separuh masa pertama namun kedua-kedua pasukan buntu untuk mencari gol dan disudahi dengan jaringan 0-0.
Memasuki babak kedua permainan, TFC dilihat dengan lebih agresif apabila pasukan mereka membuat penukaran pertama dengan mengeluarkan Faisal Halim yang mengalami kecederaan dan membawa masuk Engku Muhammad Nur Syakir.
Perlawanan pada malam ini adalah buat pertama kalinya bagi pasukan tuan rumah TFC menerima kunjungan daripada pemain ke-12 mereka yang menyaksikan hampir 3000 orang penonton membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terengganu FC membuat penukaran kedua dan ketiga pada lewat permainan apabila mengeluarkan penyerang David Da Silva dan memasukkan Rahmat Makasuf manakala Hakimi Abdullah digantikan dengan Arif Anwar.
Memasuki minit ke-87, misi 3 mata TFC sebelah kaki di hadapan apabila pemain import daripada Mali, Makan Konate memecahkan jaring KL CITY FC dengan rembatan padu. Permainan berkahir dengan TFC menang 1-0 ke atas KL CITY FC.