ADIK PRINT MAHU BERIKAN YANG TERBAIK BUAT TFC

Adik Print meneruskan kerjasama yang telah terjalin sejak tahun 2016 dengan menjadi salah sebuah penaja yang masih kekal setia untuk menaja pasukan TFC pada musim 2021. Syarikat Adik Print & Stationery yang telah beroperasi sejak tahun 2006 ini menjalankan perniagaan percetakan dan membekal alatan sukan, juga syarikat tempatan yang diuruskan oleh anak jati Terengganu, Encik Wan Mohd Khaidzir Bin Wan Mohd yang memegang jawatan sebagai Pengurus syarikat ini.

Dalam satu majlis ringkas menandatangani kontrak penajaan tersebut, Adik Print yang diwakili oleh Pengurus Wan Mohd Khaidzir disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Encik Ab Rasid bin Jusoh yang gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh syarikat tersebut untuk terus memberikan penajaan di samping kesediaan untuk terus meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan.

Memasuki tahun ke-5 bersama pasukan Bola Sepak Terengganu, Adik Print merupakan adalah pengeluar ‘nameset’ rasmi Terengganu FC yang menjadi pelengkap kepada semua jersi yang dipakai oleh para pemain yang beraksi di atas padang yang turut boleh dimiliki oleh para penyokong secara tempahan ataupun stok sedia ada.

Kepada semua penyokong dan peminat, ayuh sama-sama kita menyokong produk dan syarikat yang memberikan penajaan kepada pasukan kesayangan kita ini! Kita sama-sama meningkatkan kerjasama antara pasukan dan juga syarikat penaja!