RUMUSAN PERLAWANAN TERENGGANU FC MELAWAN PJ CITY FC

Sepak mula diantara Terengganu FC menentang PJ City FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada malam ini, Terengganu FC terus memberikan kepercayaan kepada dua pemain import Jordan Mintah & Marcell yang sebelum ini bermain bersama feeder club Terengganu FC II selepas pemain import daripada brazil David Da Silva masih lagi mengalami kecederaan .

Pasukan Terengganu FC bermula garang seawal minit ketiga apabila lorongan daripada Nik Akif kepada Jordan Mintah di tangkap mudah oleh penjaga gol PJ City FC, Kalamullah al-Hafiz.

Perlawanan untuk babak pertama menyaksikan pasukan Terengganu FC mengasak pasukan PJ City FC dengan begitu lasak apabila pemain sayap terengganu fc, Faisal Halim diterjah oleh pemain PJ City dan diberikan sepakan percuma pada minit 22. Sepakan percuma yang diambil oleh Makan Konate disia-siakan.

Pasukan PJ City FC terus bermain secara berhati-hati apabila tampil dengan langkah yang berani dengan merancang untuk menggunakan 100% pemain tempatan untuk mengharungi saingan liga super pada musim ini. Perancangan penuh berani itu dikongsikan sendiri oleh ketua jurulatih skuad The Pheonix yang baharu iaitu P. Manian dalam wawancara selaku pengendali pasukan tersebut.

Peluang terbaik pada minit 33 sekali lagi Terengganu FC mendapat peluang yang mudah, namun penyudah dari Dechi Marcell masih tumpul apabila tendangannya melencong ke luar padang.

Percubaan pasukan Terengganu FC mengasak pasukan PJ City Fc pada masa pertama memaksa kedudukan kekal dengan jaringan 0-0.

Wisel babak kedua ditiup dengan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain tengah dengan membawa masuk, Faiz Nasir & Nasir Basharuddin dengan menggantikan Nik Akif dan Arif Anwar.

Seperti perlawanan sebelum ini, masuk minit ke 70 kedua-dua pasukan masih lagi buntu untuk mencari jaringan dan masing-masing mencari ruang untuk membolosi gawang gol dan mencari 3 mata. Selepas itu Terengganu FC hampir menjaringkan gol apabila tendangan kencang daripada Makan Konate dapat diselamatkan oleh penjaga gol PJ city FC.

4 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil memaksa kedua-dua pasukan membawa mata seri 0-0 di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin .