RUMUSAN PERLAWANAN UITM FC MENENTANG TERENGGANU FC
Perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2021 yang menemukan pasukan Terengganu FC dan juga UITM FC pada malam ini menyaksikan pasukan TFC berjaya membawa pulang 3 mata berharga di gelanggang lawan. Pasukan tuan rumah berjaya dihadapan pada minit ke-34 melalui Fauzi Abdul Latif.
Pada separuh masa kedua pasukan TFC melakukan beberapa petukaran pemain dimana ketua jurulatih, Nafuzi Zain memasukkan 4 orang pemain simpanan untuk memperkemaskan permainan sekaligus mengembalikan rentak penguasaan bola pasukan ini. Pada minit ke-77, penyerang import TFC, David Da Silva berjaya menjaringkan gol dengan satu volley cantik setelah menerima hantaran menarik Makan Konate. Gol ini telah menaikkan motivasi para pemain TFC dengan terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang pasukan UITM FC.
Kemasukan Hakimi Abdullah menggantikan Faiz Nasir telah memberikan variasi di bahagian serangan TFC dengan melakukan banyak gerakan bahaya dan akhirnya, Hakimi berjaya membuktikan kualiti yang ada padanya dengan menjaringkan gol kedua buat TFC dan Makan Konate sekali lagi menjadi penyumbang assist untuk TFC sekaligus memberikan kemenangan berharga buat TFC.
Kemenangan ini telah memadamkan rekod buruk TFC sejak 3 tahun lepas dengan permulaan musim dengan tanpa kemenangan dan ini bakal menjadi tonik terbaik untuk pasukan ini untuk berdepan pasukan Selangor FC Selasa ini.