
CARLI DE MURGA KETUA PASUKAN TFC BAGI MUSIM 2021
Pemain pertahanan kacukan Sepanyol dan Filipina, Carlos Alberto Martínez de Murga Olaivar atau lebih dikenali sebagai Carli De Murga telah diberikan tanggungjawab oleh Ketua Jurulatih pasukan Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain untuk mengetuai pasukan ini bagi saingan musim 2021.
Pemilihan Carli adalah dilihatkan dari aksi yang ditampilkan sepanjang jelajah pra-musim bersama pasukan ini selain melihatkan pengalaman beliau beraksi di liga-liga kompetif serta mempunyai rekod 44 kali penampilan bersama skuad kebangsaannya. Pemilihan ini juga telah dibincangkan bersama oleh barisan kejurulatihan dan para pemain senior pasukan TFC dan melihatkan beliau adalah calon paling layak.
Carli menganggap ianya satu tanggungjawab yang besar untuk digalas namun beliau mengambil tanggungjawab ini dengan positif dan ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengendali pasukan ini dengan mempamerkan aksi terbaik terutama semasa mengetuai pasukan ketika perlawanan. Pasukan TFC bakal bertemu pasukan UITM FC pada 6 Mac 2021 (Sabtu) dan ianya dilihat sebagai tugasan pertama buat Carli sebagai ketua pasukan dalam perlawanan sebenar di Liga Malaysia.
Carli dalam aksi pra-musim bersama TFC
Carli dalam aksi pra-musim bersama TFC
Carli dalam aksi pra-musim bersama TFC
Carli beraksi bersama pasukan Chonburi Football Club sebelum berhijrah ke pasukan TFC