KEHADIRAN CHRISTOPHER HERD MENAMBAHKAN LAGI KEKUATAN DI BAHAGIAN PERTAHANAN TFC 2021
Pemain yang berasal dari negara Australia, Christopher Herd kini sah menjadi milik Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2021.
Christopher Herd menandatangani kontrak selama 1 tahun dan akhirnya menamatkan persoalan mengenai desas-desus tentang penghijrahan pemain ini.
Sebagai seorang pemain yang berpengalaman luas dengan aksi di peringkat tertinggi bersama skuad kebangsaan Australia dan juga Liga Perdana Inggeris ketika bersama Aston Villa selama 5 tahun, kehadiran beliau tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperkemaskan lagi bahagian pertahanan selain daripada kemampuan untuk turut bermain di beberapa posisi lain seperti pertahanan tengah bertahan.
Herd yang kini berusia 31 tahun meninggalkan kelab sebelum ini, Sheikh Russel (Bangladesh) dan memilih Terengganu FC dengan harapan untuk membantu dengan segala pengalaman dari sudut fizikal dan mental yang dimiliki dalam memperkuatkan lagi skuad TFC bagi mengharungi musim 2021 yang dilihat agak sibuk dengan tambahan satu kejohanan besar iaitu Piala AFC.
Sekitar sesi tandatangani kontrak Christopher Herd
Sekitar sesi tandatangani kontrak Christopher Herd
Sekitar sesi tandatangani kontrak Christopher Herd