PETRUS SHITEMBI JENTERA TENGAH TFC 2021

Pemain yang berasal daripada negara Namibia, Petrus Shitembi kini sah menjadi milik Terengganu Football Club (TFC) setelah pemain yang beraksi dengan pasukan Sabah pada musim lepas ini bersetuju dengan tawaran untuk berhijrah dari Borneo ke Pantai Timur. Memasuki tahun kedua di Malaysia, beliau telah bermain di beberapa liga di sekitar benua Afrika sejak tahun 2010 sebelum menyertai Sabah dan kini memilih untuk terus mewarnai saingan Liga Super Malaysia.

Shitembi merasakan pilihannya tepat untuk menyertai pasukan TFC kerana beliau melihatkan pasukan ini adalah merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sistem permainan yang baik. Beliau yang juga merupakan ketua pasukan kebangsaan Namibia menyatakan sudah tidak sabar untuk menyertai latihan bersama pasukan ini.

Sebagai seorang pemain yang selesa bermain di posisi tengah menyerang dan memiliki gelaran ‘The Dancing Shoes’, pemain yang dominan dengan kaki kiri ini mampu untuk menggelecek untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan mencipta peluang di bahagian hadapan sama ada menerusi permainan terbuka mahupun ‘set piece’. Dalam masa yang sama beliau juga seorang pemain yang rajin dan cepat untuk turun membantu bahagian pertahanan. Adalah satu bonus bagi mana-mana pasukan untuk memiliki pemain yang mampu menyerang dan juga bertahan dalam satu-satu perlawanan.

Pada usia 28 tahun Petrus Shitembi yang telah bermain lebih 65 perlawanan bersama skuad kebangsaan Namibia ini akan memakai jersi bernombor 19 dengan tempoh kontrak selama 1 tahun bersama Terengganu FC.

Sekitar sesi tandatangani kontrak Petrus Shitembi

Sekitar sesi tandatangani kontrak Petrus Shitembi

Sekitar sesi tandatangani kontrak Petrus Shitembi

Sekitar sesi tandatangani kontrak Petrus Shitembi

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor