FAISAL HALIM TERUJA DAPAT BERSAMA PASUKAN TFC
Pemain baharu Terengganu Football Club (TFC), Mohd Faisal Bin Abdul Halim yang lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ menyatakan beliau begitu teruja apabila menyertai pasukan ini. Beliau juga menyifatkan perpindahan ini adalah untuk memastikan kariernya terus berkembang disamping melihatkan apa yang diterapkan oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain sesuai dengan cara permainan beliau. Pemain kelahiran Pulau Pinang ini telah beraksi bersama pasukan Pahang FA semenjak 2015 ( 5 Tahun ) dan ini merupakan perpindahan profesional pertama beliau ke pasukan baru.
Faisal Halim juga melihatkan persaingan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama TFC pada musim hadapan agak sengit dengan barisan pemain lama dan baru bakal tiba ke pasukan ini. Ini sebenarnya perkara yang positif buat dirinya dan itu bakal menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan komitmen penuh semasa latihan dan juga perlawanan untuk memastikan beliau menjadi salah seorang nadi utama dalam pasukan ini.
Pemain berusia 22 tahun ini antara pemain yang disenaraikan oleh pengendali TFC sejurus selesai musim 2020 untuk membentuk skuad 2021 dan Nafuzi juga melihatkan Faisal bakal menjadi salah seorang pemain yang akan menjadi tulang belakang pasukan ini disamping membantu pemain ini untuk menjadi lebih matang untuk masa hadapan beliau sendiri. Faisal bakal menyarung jersi bernombor ‘7’ yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan TFC, Lee Andrew Tuck.
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak
Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak