
“SETIA BERSAMA TFC” : PERTANDINGAN MENGHASILKAN BANNER TANDA SOKONGAN PENYOKONG TERHADAP PASUKAN TFC
Seperti yang kita semua sedia maklum, perlawanan Liga Malaysia bakal berlangsung tanpa kehadiran penyokong ke stadium akibat Pandemik COVID-19 dan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kemeriahan semasa hari perlawanan dan semestinya ianya bakal menjejaskan semangat juang bagi pasukan yang kita sayangi.
Mengambil langkah untuk memastikan semangat penyokong terus berada bersama pemain di gelanggang kita, Pihak TFC bersama cetusan idea dari kelab penyokong pasukan ini bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan yang bakal melibatkan penyokong iaitu pertandingan dalam menghasilkan banner sokongan daripada kampung-kampung atau kelab penyokong terhadap pasukan TFC dan banner ini bakal digantung didalam/disekeliling ruang stadium yang semestinya dapat dilihat oleh para pemain kita.
Untuk menghargai penghasilan banner ini, pihak media TFC akan menampilkan hasil-hasil kerja penyokong di setiap ruang media sosial TFC dan pihak TFC bakal menyediakan hadiah khas buat pemenang bagi pertandingan ini!
———————————————————-
⏺ PERATURAN PERTANDINGAN⏺
-Pertandingan ini bermula pada 20 Ogos 2020 sehingga 23 September 2020.
– Penyokong perlu berdaftar terlebih dahulu melalui link “Google Form” yang disertakan dibawah (PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA).
– Pendaftaran terhad untuk 200 penyertaan terawal
– Penyertaan mestilah menggunakan Nama Kampung /Kumpulan Penyokong pendaftar.
– Tarikh pendaftaran penyertaan tamat pada
27 Ogos 2020
– Peserta yang telah lulus berdaftar akan dimaklumkan oleh pihak TFC tentang tarikh penghasilan banner dan juga tarikh penempatan banner dilakukan.
– Peserta boleh mula menghasilkan banner/kain rentang setelah mendapat pengesahan pendaftaran oleh pihak TFC. (Kos penghasilan banner ditanggung pihak peserta sendiri)
– Banner/kain rentang yang dihasilkan bebas untuk menggunakan imej atau kata-kata semangat yang berkaitan dengan pasukan TFC namun ianya tidak boleh mengandungi bahan/imej/perkataan yang membawa unsur rasis, politik, kata-kata kesat dan sesuatu unsur yang boleh mencemarkan imej mana-mana pihak.
– Banner yang dihasilkan juga perlu memaparkan nama kampung / namakumpulan peserta.
– peserta tidak boleh memilih sendiri tempat untuk meletakkan banner kampung / kumpulan anda, ianya perlu mengikut tempat yang ditetapkan oleh pihak TFC.
⏺ HADIAH KEMENANGAN ⏺
Juri yang akan menentukan pemenang adalah terdiri daripada wakil Pengurusan TFC, wakil Kelab Penyokong dan juga wakil pemain TFC. Pemenang akan diumumkan selepas perlawan terakhir Liga Super 2020.
Hadiah buat pemenang adalah berupa :-
– 5 Keping Pas Bermusim TFC 2021 ( Pas ini akan ditulis atas nama kampung/ kumpulan peserta )
– Hadiah / Barangan Misteri dari TFC
– Kampung / Kumpulan anda berpeluang untuk mengadakan program bersama TFC ( Akan dibincangkan bersama pengurusan TFC )
KLIK LINK INI UNTUK PENDAFTARAN ⬇️
https://forms.gle/FzsrpBPrEdWdoLgc8
SELAMAT MENCUBA!!!!!