
JERSI TFC “BLACKOUT EDITION” MULA DIJUAL PADA 16 MAY 2020
Semestinya penyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) sudah tidak sabar untuk mendapatkan jersi ‘limited’ keluaran penaja TFC, Al Ikhsan Sports ini. Jersi ‘Blackout’ TFC ini dilihat mempunyai nilai astetik dan nilai komersialnya yang tersendiri dengan penggunaan warna hitam bagi keseluruhan jersi termasuk logo pasukan dan logo penaja.
Ianya juga bertepatan dengan warna rasmi pasukan TFC yang menggunakan warna hitam sebagai warna teras pasukan ini, Al-Ikhsan juga telah menempatkan kelainan dengan menggunakan warna ‘Onyx’ pada jersi ini. Jersi ini juga menggunakan sistem ‘smartDRY‘ yang mempercepatkan masa bagi jersi ini untuk kering. Apa yang bakal menambah nilai jersi ini adalah jersi ini hanya dikeluarkan sebanyak 1000 helai sahaja dan semestinya pengumpul dan peminat jersi ingin mendapatkannya sebelum ianya habis dijual.
Jersi ini akan mula dijual pada hari esok (16 May 2020 ) di outlet Al-Ikhsan dan Football Republic di Terengganu dan juga TFC Merchandise Store. Jersi ini juga boleh didapati secara online di www.al-ikhsan.com .Jersi ini datang dalam packaging kotak khas yang menempatkan jersi ini. Harga jualan jersi ini adalah RM149.00 bagi kesemua saiz.
Berikut adalah maklumat tempat yang boleh anda dapatkan jersi Blackout TFC ini :
Al-Ikhsan Sports:
- Al-Ikhsan Sports Kuala Terengganu
- Al-Ikhsan Sports Kuala Nerus
- Al-Ikhsan Sports Mesra Mall, Kerteh
- Al-Ikhsan Sports Kemaman
- Al-Ikhsan Sports Dungun
- Al-Ikhsan Sports Jerteh
- Al-Ikhsan Sports Kuala Berang
- Al-Ikhsan Sports Paka
Football Republic:
- Football Republic Suria KLCC
- Football Republic Sunway Pyramid
- Football Republic Kuala Terengganu
TFC Merchandise Store
• TFC Merchandise Store Kuala Terengganu



