
RAHMAT MAKASUF PEMAIN YANG TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA
Nama pemain TFC, Mohammad Rahmat Makasuf yang baru berusia 22 tahun dan lebih dikenali sebagai Pokde oleh rakan-rakan sepasukan kini mula meniti di bibir peminat TFC. Nama pemain ini sebelum ini jarang didengari ketika berada di skuad kedua TFC pada musim lepas. Beliau juga dilihat jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan kedua TFC tersebut dan dalam tempoh tersebut, Nafuzi melihatkan pemain ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar terutama melalui kelebihannya iaitu pemain ini mempunyai kelajuan larian dan kellincahan yang sangat baik.
Setelah dilantik sebagai ‘caretaker’ skuad TFC pada pertengahan musim lepas, Nafuzi telah meletakkan Rahmat kedalam skuad TFC malah pemain ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan, Rahmat tidak menunggu lama untuk membuktikan beliau seorang pemain berkualiti dan semestinya ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengendali TFC itu dengan mempamerkan aksi lincahnya dan kerap kali membuat serangan-serangan bahaya ke kubu lawan. Ianya mengejutkan ramai peminat yang belum mengenalinya pada ketika itu.
Pada musim ini Rahmat berjaya meletakkan nama sebagai salah seorang penjaring pasukan TFC bagi saingan awal CIMB Liga Super 2020 setelah dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Selangor FA. Semoga TFC bakal menghasilkan lebih ramai muka baru yang menyerlah dalam usia muda!
Rahmat Makasuf meraikan jaringan pertamanya bersama TFC musim ini dalam saingan CIMB Liga Super 2020