PEMAIN LAKUKAN LATIHAN BAGI MENGEKALKAN KECERGASAN DARI KEDIAMAN MASING-MASING

Pengendali pasukan Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain tidak memandang perintah kawalan pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai tempoh untuk para pemain dan pegawai pasukan ini berehat dan bercuti sepenuhnya. Nafuzi mengambil langkah dengan mengaturkan jadual latihan buat kesemua pemain sepanjang tempoh kawalan ini yang perlu diikuti oleh setiap pemain dan perlu dilakukan di kediaman masing-masing.

Jadual dan modul latihan ini dirangka oleh pegawai kecergasan TFC dan ianya telah dikaji dapat mengekalkan kecergasan pemain jika ianya diikuti sebaiknya. Walaupun para pemain terpaksa melakukan latihan ini secara bersendirian (tidak melibatkan rakan pasukan lain) namun ianya diharapkan dapat membantu menjadikan pemain itu lebih berdisiplin walaupun berada di kediaman masing-masing. Para pegawai TFC kecergasan TFC juga turut memberi pesanan buat para pemain untuk menjaga diet permakanan sebagai atlet sepanjang tempoh kawalan ini kerana mereka perlu bersedia jika liga dapat dimulakan dalam masa terdekat.

Nafuzi Zain juga berharapkan para pemain dan pegawai TFC dapat mematuhi segala perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk sentiasa berada di kediaman masing-masing dan keluar ketika ingin mendapatkan barangan keperluan dan kecemasan sahaja. Beliau turut berharap pemain hanya melakukan latihan di kediaman dan tidak melibatkan tempat awam kerana wabak ini boleh berjangkit tidak kira masa dan ketika dan kita semua tidak tahu siapa yang mempunyainya.

Para pemain TFC akan diminta untuk menghantar video latihan masing-masing melalui aplikasi pesanan ringkas whatsapp yang dilihat mudah dilakukan dan senang dinilai oleh para  pegawai dan tidak melibatkan pergerakan para pemain dan pegawai keluar kawasan larangan.

Comments (1)

  1. Wow, wonderful blog structure! How long have you ever been blogging for?

    you made blogging glance easy. The entire look of your site is magnificent, as well as the content!

    You can see similar here sklep online

Leave a Reply