
PERTEMBUNGAN SENGIT DI BAHAGIAN TENGAH TERENGGANU FC BERTEMU PERAK FA SABTU INI
Perlawanan CIMB Liga Super Malaysia pada hari Sabtu ini yang akan menemukan antara dua pemain tengah terbaik di Liga Malaysia, Nasir Basharudin dan juga bekas pemain Terengganu Football Club (TFC) musim lepas, Thierry Chantha Bin. Semestinya pertembungan ini dinantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Apa yang menarik, kedua-dua pemain ini boleh diibaratkan bertukar pasukan pada musim ini dimana Nasir yang beraksi bersama Perak FA pada musim lepas telah berhijrah ke TFC manakala Thierry yang bersama TFC musim lepas telah berhijrah ke pasukan Perak.
Kedua-dua pemain yang kita semua tahu mempunyai kualiti di bahagian tengah pasukan ini semestinya ingin mempamerkan aksi terbaik terutama apabila berdepan bekas pasukan mereka. Namun semestinya fokus utama mereka adalah untuk membantu pasukan dalam misi mendapatkan kemenangan pertama bagi aksi pembukaan Liga Malaysia musim ini. Nasir yang dilihat pemain yang berada dalam senari kesebelasan utama pengendali TFC, Nafuzi Zain semestinya ingin mempamerkan aksi terbaik dihadapan puluhan ribu penyokong TFC yang akan membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu ini.