
PAS BERMUSIM TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2020
PAS BERMUSIM TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2020
Pada tahun 2020, Terengganu Football Club akan mengeluarkan 3 jenis pas bermusim iaitu BLACK PASS, WHITE PASS dan GOLD PASS. Pengeluaran pas bermusim ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyokong yang tidak ingin beratur membeli tiket dan memberikan banyak kelebihan lain selain mendapat barangan khas dari TFC buat pemegang pas ini.
1. PAKEJ PAS BERMUSIM BLACK
2. PAKEJ PAS BERMUSIM WHITE
3. PAKEJ PAS BERMUSIM GOLD
MAKLUMAT HARGA PAS BERMUSIM TFC 2020
- BLACK PASS : RM300.00
- WHITE PASS : RM400.00
- GOLD PASS : RM600.00
PAS BOLEH DIGUNAKAN BAGI PERLAWANAN BERIKUT
Terengganu FC : Liga Super | Piala FA | Piala Malaysia : Minimum 15 perlawanan + perlawanan Suku Akhir & Separuh Akhir
Terengganu FC II : Liga Premier | Piala Cabaran : Minimum 14 perlawanan + perlawanan Suku Akhir + Separuh Akhir + Perlawanan Akhir (Jika bermain di laman sendiri)
Terengganu FC III & Terengganu FC IV : Perlawanan Suku Akhir + Separuh Akhir + Perlawanan Akhir (Jika bermain di laman sendiri)
KELEBIHAN TAMBAHAN PEMILIKAN PAS BERMUSIM
- Dapat menyaksikan lebih kira-kira 30 perlawanan Liga Malaysia selama satu musim
- Memperoleh Barangan rasmi Terengganu Football Club mengikut pakej yang ditawarkan
- 10 % Diskaun bagi pembelian di outlet AL Ikhsan
- 10% Diskaun bagi sewaan bilik di Paya Bunga Hotel Terengganu
- 5 % Diskuan bagi pembelian di kedai pengedar barangan rasmi TFC Merchandise Store & Turtle Store
- 10 % Diskaun bagi pembelian barangan Kopi Superjantan
- 10 % Diskaun Pembelian makanan dan minuman di Restoran Selera 7 Malam
- Pemegang pas berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan pada setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu FC
- Pemegang pas diberikan keistimewaan untuk mendapatkan 2 keping tiket tambahan di kaunter khas bagi setiap perlawanan Tumpuan.
- Pemegang pas akan mempunyai PINTU LALUAN KHAS untuk memasuki stadium perlawanan.
BERIKUT ADALAH CARA UNTUK BERDAFTAR SEBAGAI PEMEGANG PAS :
- Download borang pas bermusim di sini > BORANG PAS BERMUSIM , cetak (Saiz A4) dan isi segala maklumat yang diperlukan. Pendaftar juga boleh mendapatkan borang pas bermusim ini di Pejabat Pengurusan Bola Sepak Negeri Terengganu yang beralamat di : Pejabat PBSNT, Tingkat 2, Wisma Seri Amar, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu
- Lampirkan 2 salinan Kad Pengenalan anda pada borang
- Hantar borang pas bermusim (Beserta salinanan Kad Pengenalan ) dan duit pendaftaran ke Pejabat Pengurusan Bola Sepak Negeri Terengganu sebelum tarikh tutup pendaftaran ( 28 Januari 2020).