STUART WARK MELENGKAPKAN SKUAD TERENGGANU FC 2020

Pemain kacukan Scotland Malaysia, Stuart James Wilson Wark harini selesai menandatangani kontrak bersama skuad Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2020.  Stuart sebelum ini telah hadir menjalani sesi latihan dan percubaan bersama skuad TFC dan pengendali TFC, Nafuzi Zain melihatkan Stuart boleh beraksi di posisi yang beliau inginkan iaitu di bahagian pertahanan dan beliau melihatkan corak permainan Stuart sesuai dengan penerapan gaya permainan yang beliau terapkan di TFC.

Ditanya berkenaan perasaanya apabila bersama TFC, Stuart menyatakan beliau sememangnya gembira apabila dapat bersama dengan pasukan ini dan semestinya beliau ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain dan pengurusan TFC. Sememangnya beliau melihatkan beraksi dengan antara pemain terbaik di Liga Malaysia seperti Lee Tuck dan juga Sanjar bakal meningkatkan lagi mutu permainannya dan dapat membantu memantapkan lagi pasukan ini. Stuart bakal menyarung jersi bernombor 55 bersama skuad TFC.

Stuart adalah merupakan pemain tempatan kacukan pertama bagi skuad TFC dan semestinya ini memberikan sedikit kelebihan buat pasukan ini kerana Stuart juga seorang pemain yang mempunyai fizikal ketinggian yang baik. Stuart sebelum ini pernah bersama skuad beberapa kelab di Malaysia antaranya Johor Darul Takzim, Felda United dan juga Penang FA. Kehadiran Stuart diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak skuad ini terutama untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan bagi aksi Liga Malaysia 2020.

WELCOME TO TFC STUART!

Sekitar sesi tandatangani kontrak Stuart Wark bersama skuad Terengganu FC 2020

Leave a Reply