DARI SEBERANG TAMBAK KE PANTAI TIMUR

Pemain kebangsaan Singapura, Muhammad Faris Ramli kini sah menjadi milik pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2020. Pemain yang baru sahaja menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan Singapura dalam FAS Nite 2019 hadir ke Kuala Terengganu dan telah selesai menandatangani perjanjian kontrak bersama pasukan ini pada minggu ini. Faris dijangka akan digandingkan bersama 2 lagi pemain import pasukan TFC di bahagian tengah iaitu Lee Andrew Tuck dan juga Sanjar Shaakhmedov.

Faris Ramli juga dilihat ingin memastikan impak kehadirannya dapat dirasai bukan sahaja dalam pasukan, namun turut dirasai oleh para penyokong TFC. Bekas pemain PKNS FC dan Hougang United ini sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab gergasi Liga Super namun beliau memilih untuk bersama skuad kendalian Nafuzi Zain. Ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain yang nyata mensasarkan Faris Ramli sebagai sasaran utama pemain yang ingin ditandatangani bagi musim hadapan cukup berpuas hati kerana kehadiran pemain ini semestinya akan memberikan impak besar selain dilihat gaya permainan yang dimiliki Faris sesuai dengan corak dan gaya permainan pasukan TFC.

Sebagai rekod, Faris telah menjaringkan 11 gol dalam 13 penampilan bersama pasukannya sebelum ini, Hougang United dalam saingan Singapore Premier League 2019. Pemain berusia 27 tahun ini dilihat antara asset terbaik buat pasukan TFC dalam memburu kejuaraan pada musim hadapan.

 

 

 

Faris Ramli memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Singapura dalam FAS Nite 2019 – Gambar straitstimes.com

Leave a Reply