SERHII ANDRIEIEV BAKAL PERKUAT BENTENG PASUKAN TFC

Pemain import di bahagian pertahanan Terengganu FC II, Andrieiev Serhii Vladimirovich telah dibawa bersama skuad Terengganu FC ke Johor bagi aksi menentang pasukan Johor Darul Takzim pada malam ini (19 Julai 2019). Serhii telah beraksi bersama pasukan Terengganu FC II sepanjang musim ini di saingan Liga Premier dan berada di tahap terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Igor Zonjic.

Andreev Serhii ingin memberikan yang terbaik jika beliau diturunkan kerana ini adalah masa yang sesuai untuk beliau menunjukkan kualiti yang ada padanya apabila dapat turun beraksi bersama skuad utama Terengganu. Skuad Terengganu FC sebelum ini telah kehilangan tonggak pertahanan, Amirzafran yang cedera semasa perlawanan menentang Pahang FA dan berkemungkinan tidak akan dapat beraksi di saingan Piala Malaysia musim ini.

Kehadiran Serhii sedikit sebanyak dapat memabntu untuk memperkemas benteng terakhir Terengganu FC dan memberikan pilihan untuk pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain untuk membuat rotasi pemain yang ada. Nafuzi sedikit lega apabila Sharin Sapien kini sudah pulih untuk beraksi dalam aksi menentang Johor Darul Takzim pada malam ini.

Comments (3)

  1. Wow, marvelous weblog structure! How long have you ever been running
    a blog for? you made running a blog glance easy.
    The overall look of your web site is excellent, as neatly as the
    content! You can see similar here najlepszy sklep

  2. Hey! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Many thanks!
    You can read similar blog here: Sklep internetowy

  3. Hello there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m
    not seeing very good success. If you know of any please share.
    Appreciate it! You can read similar text here: Backlink Building

Leave a Reply