
ANDREEV SERGEY BAKAL PERKUAT BENTENG PASUKAN TFC
Pemain import di bahagian pertahanan Terengganu FC II, Andreev Sergey Vladimirovich telah dibawa bersama skuad Terengganu FC ke Johor bagi aksi menentang pasukan Johor Darul Takzim pada malam ini (19 Julai 2019). Sergey telah beraksi bersama pasukan Terengganu FC II sepanjang musim ini di saingan Liga Premier dan berada di tahap terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Igor Zonjic.
Andreev Sergey ingin memberikan yang terbaik jika beliau diturunkan kerana ini adalah masa yang sesuai untuk beliau menunjukkan kualiti yang ada padanya apabila dapat turun beraksi bersama skuad utama Terengganu. Skuad Terengganu FC sebelum ini telah kehilangan tonggak pertahanan, Amirzafran yang cedera semasa perlawanan menentang Pahang FA dan berkemungkinan tidak akan dapat beraksi di saingan Piala Malaysia musim ini.
Kehadiran Andreev Sergey sedikit sebanyak dapat memabntu untuk memperkemas benteng terakhir Terengganu FC dan memberikan pilihan untuk pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain untuk membuat rotasi pemain yang ada. Nafuzi sedikit lega apabila Sharin Sapien kini sudah pulih untuk beraksi dalam aksi menentang Johor Darul Takzim pada malam ini.