LEE TUCK BAKAL KEMBALI MEMPERKUAT JENTERA TENGAH TFC

Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Lee Andrew Tuck bakal kembali dalam skuad utama pasukan dalam aksi menentang pasukan Kuala Lumpur FA dalam saingan Liga Super Malaysia Rabu ini. Perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu ini adalah merupakan perlawanan pertama yang dilangsungkan di Terengganu selepas liga berehat.

Lee Tuck yang digantung perlawanan sebelum ini akibat bilangan kad kuning yang terkumpul telah terlepas dalam aksi pasukan Terengganu FC menentang pasukan Perak FA dimana pasukan Terengganu FC tewas dengan jaringan 3-1 sekaligus tidak berjaya mencuri mata di Ipoh. Skuad Terengganu FC yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada ketika itu akibat layangan kad merah kepada pemain tengah, Dechi Marcel tetap berjaya menunjukkan satu permainan yang meyakinkan dan berjaya mendapatkan 1 jaringan diminit akhir perlawanan melalui jaringan Thierry Chantha Bin.

Pemain pertahanan, Amirzafran yang mengalami sedikit kecederaan semasa perlawanan menentang Perak FA dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang aksi seterusnya Rabu ini. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu pengendali Terengganu FC untuk menetapkan pemain-pemain yang akan beraksi bagi perlawanan seterusnya ini. Walaubagaimanapun jika tidak dapat beraksi,  Terengganu FC mempuyai beberapa pemain lain yang boleh bermain di posisi yang sama dan ini juga peluang buat pemain-pemain lain untuk membuktikan keupayaan mereka.

Skuad Terengganu FC yakin pasukan ini mampu untuk menamatkan saingan liga musim ini dikedudukan carta yang lebih baik berbanding kedudukan sekarang dan bagi memenuhi target untuk menjadi 5 pasukan terbaik Liga Super 2019. Selain untuk mendapat terbaik terbaik, persediaan awal skuad Terengganu FC bagi saingan Piala Malaysia juga bakal dirangka untuk memastikan apa yang telah pasukan ini lakukan musim lepas dapat diulangi pada musim ini dan dapat membawa pulang gelaran juara.

Kehilangan Lee Tuck dijentera tengah amat dirasai pasukan Terengganu FC ketika perlawanan menentang Perak FA

Comments (5)

  1. Wow, marvelous blog layout! How long have you been running a blog for?
    you make running a blog glance easy. The entire look of your web site
    is fantastic, as well as the content material!
    You can see similar here sklep internetowy

  2. Hi! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Many thanks!
    I saw similar text here: Backlink Portfolio

  3. Wow, fantastic weblog structure! How long have you ever been running a blog
    for? you make blogging glance easy. The overall look of your site is fantastic, as neatly as the content!
    You can see similar here sklep internetowy

  4. buy prednisone online cheap
  5. prednisone buy without prescription

Leave a Reply