
SENARAI NAMA PEGAWAI & PEMAIN TERENGGANU FC FUTSAL TEAM BAGI SAINGAN MPFL 2019
Buat julung kalinya Malaysia bakal mempunyai liga futsal profesional bermula tahun ini yang dinamakan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). Majlis memperkenalkan saingan liga futsal profesional kebangsaan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dilangsungkan di Hotel Concorde, Shah Alam pada Ahad, 17 Februari 2019 yang lepas.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama-sama Naib Presiden FAM, Datuk Rosmadi Haji Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Sebagai langkah permulaan untuk edisi sulung MPFL 2019 yang dijadualkan berlangsung mulai bulan Jun, 10 pasukan kategori lelaki dan 5 pasukan kategori wanita bakal bersaing selama enam bulan bagi mencabar dan merebut kejuaraan futsal paling berprestij di Malaysia.
Kategori lelaki membarisi pasukan Kedah, KL City, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor dan Terengganu FC manakala kategori wanita dibarisi pasukan Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Perlis dan Selangor.
Selepas 11 edisi Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dilangsungkan secara karnival sejak dari tahun 2004, konsep pertandingan tertinggi futsal kebangsaan ini akan diberi penambahbaikan dengan format Round Robin dan akan beroperasi menerusi sistem bermain di laman sendiri serta di rumah lawan. Untuk pasukan Terengganu FC Futsal Team, pasukan ini bakal menggunakan Stadium Negeri Terengganu yang terletak di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu sebagai gelanggang rasmi pasukan ini apabila beraksi di tempat sendiri.
Aspek Pelesenan Kelab turut akan diperkenalkan dalam edisi pertama bagi memastikan struktur organisasi lebih kukuh buat pasukan dalam sudut kesukanan, infrastruktur, kakitangan & pentadbiran, undang-undang dan kriteria kewangan. Pelaksanaan aspek ini amat penting kerana ia akan melayakkan kelab dari Malaysia beraksi dalam saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Terengganu FC telah lulus dalam pendaftaran pemain dan pegawai bagi menyertai pertandingan ini dan pasukan ini juga telah memulakan latihan bagi menghadapi saingan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi ini.
Berikut adalah merupakan nama pegawai dan pemain pasukan Terengganu FC Futsal Team
PEGAWAI TFCFT
1 | MOHD ROZAIRI BIN AHMAD | KETUA JURULATIH |
2 | MOHD SYAFIQ AIZAT BIN ABDUL AZIZ | PEN. JURULATIH |
3 | MOHD FAZLI BIN MUDA | JUR. PENJAGA GOL |
4 | MOHD ABDUL SALAM BIN MOHAMAD NOH | FISIO |
5 | MOHAMAD FAKHRUDDIN BIN MOHAMAD | KITMAN |
PEMAIN TFCFT
1 | MOHD HAFIZ BIN ISMAIL | PEMAIN |
2 | MOHD HAFIZI BIN ISMAIL | PEMAIN |
3 | AHMAD AKIL KHALIS BIN ADLI KHAIRUZ | PEMAIN |
4 | MOHAMAD IDHAM SHAFUAN BIN IRAMAN | PEMAIN |
5 | ALIF SHAFIQ BIN SUHAIMI | PEMAIN |
6 | MOHD AIZAT BIN SAARI | PEMAIN |
7 | AHMAD SHAFIQ AFNAN BIN AZMI | PEMAIN |
8 | MOHD IRWAN BIN MAZLAN | PEMAIN |
9 | MUHAMMAD ALIF BIN MAT AMIN | PEMAIN |
10 | SIRHAN AIMAN BIN SAIFULBAHRIM | PEMAIN |
11 | MUHAMMAD FITRAH BIN MOHAMAD | PEMAIN |
12 | WAN MOHAMAD HAKIM BIN WAN HUSSAIN | PEMAIN |
13 | MUHAMMAD AIZAT RAFIUDDIN BIN OMAR | PEMAIN |
14 | AMIRRUL IZZAD BIN ADANG | PEMAIN |
15 | HAZIQ SHAHIRAN BIN MARZUKI | PEMAIN |
16 | MOHAMAD AFIFI BIN MOHD GHAZALI | PEMAIN |
17 | SYED SHAHRUL NIEZAM BIN SYED ABDUL RAHIM | PEMAIN |
18 | MUHAMMAD ALIF IZZAT BIN ROSDI | PEMAIN |
19 | TENGKU AZRAF FAHMI BIN CHE KU SULONG (GK) | PEMAIN (GK) |
20 | MUHAMMAD ZIKRY AIMAN BIN ZAMRI | PEMAIN (GK) |
21 | LUQMAN HAKIM BIN KADAR (GK) | PEMAIN (GK) |