“UJIAN KEDUA KITA MENENTANG JUARA PIALA FA 2018, PAHANG FA”

“Kita menguasai permainan dan mempunyai deretan peluang, tetapi kita tidak dapat menterjemahkannya kepada jaringan” jelas Irfan Bakti kepada pihak media selepas perlawanan pasukan Terengganu FC menentang PKNS FC dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2019. Walaupun begitu, Irfan Bakti memuji kesemua pemain-pemainnya yang bermain dengan baik kerana kebanyakan pasukan pada permulaan liga masih ‘sejuk’ namun tenaga dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain TFC layak diberikan pujian. Pasukan TFC pada perlawanan menentang PKNS FC ini mendapat 7 peluang on target namun ketangkasan pertahanan dan penjaga gol lawan dapat menyelamatkan gawang mereka dari dibolosi.

Haji Irfan juga memuji penjaga gol TFC, Wan Azraei yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa peluang pasukan lawan dan berjaya mengatur disiplin pemain pertahanan dengan baik malam itu namun gol PKNS FC hasil tandukan Nicolas Ryan adalah satu gol yang sangat sukar untuk diselamatkan oleh mana-mana penjaga gol dan ianya adalah gol yang baik.

Ditanya berkenaan kualiti yang ada pada pemain baru berstatus bintang TFC, Sanjar Shaakhmedov, Irfan menyatakan kita semua tahu dengan kualiti pemain ini, dan pemain ini sudah berjaya membuktikannya dalam perlawanan pertama ini dengan membuat beberapa lorongan yang sepatutnya sudah berjaya disudahkan di bahagian hadapan namun nasib tidak menyebelahi TFC untuk mendapatkan jaringan. Namun bagi Irfan ada beberapa peluang Sanjar patut menyudahkannya sendiri dan beliau perlu lebih ‘selfish’ untuk menjaringkannya sendiri namun beliau menyatakan Sanjar terlampau baik kerana beliau ingin juga menghantarkan bola kepada rakan sepasukannya.

Irfan menyeru agar ketua pasukan TFC, Kipre Tchetche terus meningkatkan mutu permainan beliau kerana bagi Irfan inilah perlawanan terbaik Kipre semenjak jelajah pra-musim kerana Kipre beraksi kurang baik sebelum ini. Beliau mengharapkan Kipre terus pertingkatkan usaha untuk kembali ke prestasi sebenarnya seperti tahun lepas. Ketiadaan Lee Tuck juga sememangnya dirasaai kerana bagi Irfan apabila Lee Tuck berada ditengah padang, kita akan lebih mudah memenangi bola dan lebih cepat dalam mendapatkan bola untuk bergerak ke hadapan.

Irfan Bakti menginginkan kesemua pemainnya untuk tampil lebih bersedia selepas ini kerana lawan kita adalah pasukan juara Piala FA 2018, Pahang FA. Ini kerana pasukan Pahang boleh diibaratkan beraksi dengan 7  pemain import kerana beberapa pemain yang berdarah campuran dan juga yang telah di naturalisasikan. Kehadiran bintang lama mereka, Dickson Nwakeme juga adalah merupakan senjata terbesar pasukan ini dan pemain ini juga telah membuktikan kualitinya dalam perlawanan pertama mereka dengan menjaringkan 2 gol untuk membantu Pahang mendapatkan 3 mata penuh menumpaskan Kuala Lumpur FA 1-3 ditempat lawan.

Pasukan TFC akan ke Pahang bagi aksi Liga Super seterusnya pada 9 Februari 2019 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Comments (3)

  1. Wow, superb weblog format! How long have you ever been running a blog for?
    you made running a blog look easy. The whole glance of your site is
    excellent, as smartly as the content! You can see similar here dobry sklep

  2. priligy reviews I am still trying to figure out the madness too

  3. en walmart orlando venden cytotec

    1 Ојl of PSvue550 solution 5 mM was mixed with an equal volume of 10 cost cytotec prices Static adhesion assay

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor