
FAKTA MENARIK BERKENAAN SANJAR
Sanjar Shaakhmedov, 29 tahun adalah merupakan seorang pemain berkelahiran Uzbekistan. Beliau dilahirkan di Tashkent, Uzbekistan pada 23 September 1990. Beliau membesar disana dan telah meminati sukan bola sepak ini sejak beliau kecil.
Pemain berkaki kidal ini sebelum ini pernah beraksi bersama kelab AGMG Ormaliq, Al Sailiya, dan Lokomotiv Tashkent. Beliau adalah merupakan pemain kesayangan peminat dan penyokong pasukan lamanya di Lokomotiv Tashkent. Beliau telah diundi oleh penyokong mereka sebagai pemain tengah terbaik dan pemain terbaik Lokomotiv bagi musim 2018 cukup membuktikan kualiti yang ada padanya.
Sanjar adalah salah seorang pemain yang berpengalaman beraksi di liga tertinggi Uzbekistan dan untuk rekod beliau telah memenangi 3 gelaran kejuaraan bersama pasukan itu dalam saingan Liga Super Uzbekistan pada tahun 2016, 2017 dan 2018.
Sanjar juga telah berpengalaman beraksi di saingan bola sepak peringkat tertinggi di Asia iaitu AFC Champions League selama hampir 3 tahun bersama pasukan Lokomotiv Tashkent. Di kelab lamanya, Sanjar beraksi sebagai pemain tengah dan juga boleh beraksi di sebelah sayap kiri dan kanan pasukan. Ini membuktikan nilai versatile yang ada pada beliau yang boleh diterjemahkan bersama pasukan TFC.
Sanjar juga dikenali sebagai salah seorang pemain yang sangat bekerja keras dan kreatif dalam pasukan dan beliau dijangka bakal menjadi gandingan terbaik bersama Lee Tuck untuk mengawal keseluruhan bahagian tengah TFC bagi musim 2019. Sanjar akan memakai jersi bernombor #15 bagi musim 2019 bersama TFC dan dijangkakan beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk memikat hati penyokong di Terengganu dan juga Malaysia.