News
ILHAM AMIRULLAH KEMBALI KE TERENGGANU
Penjaga gol buruan Terengganu FC (TFC), Muhamad Ilham Amirullah Razali semalam telah memberikan kata putus untuk bersama skuad TFC sekaligus bakal kembali ke negeri kelahirannya, Terengganu Darul Iman. Bekas penjaga gol utama Harimau Muda ini telah bersama pasukan T-Team FC pada tahun 2016 dan telah menampilkan aksi cemerlang bersama pasukan T-Team yang langsung menarik minat Felda United FC untuk mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 24 tahun ini untuk musim 2017. Ilham berhijrah ke Felda United FC pada tahun seterusnya sebelum dilamar pasukan Negeri Sembilan FA pada musim lepas.
Ketangkasan Ilham dalam menjadi penjaga gawang pasukan Negeri Sembilan telah menarik minat hampir 3 buah pasukan gergasi di Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmatnya untuk musim 2019 namun Ilham dilihat lebih berminat untuk berada di bawah kendalian Haji Irfan Bakti dan beliau nyata sangat yakin dengan skuad TFC bagi musim 2019. Ilham juga menyatakan beliau juga ingin berada bersama skuad negeri kelahirannya dan itu adalah impiannya sejak dahulu. Tidak terhenti di situ, jika diberi peluang, beliau ingin menampilkan aksi terbaik dalam saingan musim hadapan bagi membantu TFC mengejar kejuaraan disamping sebagai satu usaha beliau untuk memburu tempat sebagai penjaga gol kebangsaan untuk musim-musim akan datang.
Ilham dijangka akan bersama beberapa orang lagi pemain baru TFC akan hadir ke majlis menandatangani kontrak dalam masa terdekat. Pada ketika ini TFC mempunyai 3 orang pemain yang akan bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama TFC iaitu Ilham, Mohd Suffian Abdul Rahman dan Wan Azraie Wan Teh.
Comments (1)
Geraldo
Wow, superb weblog format! How long have you ever been blogging for?
you make running a blog glance easy. The overall look of your
website is excellent, as well as the content! You can see similar
here sklep internetowy