
PERTEMUAN TERENGGANU & PERAK DI PENTAS AKHIR PIALA MALAYSIA MENGIMBAU PELBAGAI MEMORI
FINAL PIALA MALAYSIA 2001
TERENGGANU vs PERAK
Ibarat perlawanan ulangan 1998, Terengganu sekali lagi berdepan dengan pasukan Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pada peringkat Liga Perdana Satu, Terengganu berada pada kedudukan kedua liga dibawah pasukan dengan rekod dua belas kemenangan, lima kekalahan dan lima seri. Rekod yang cukup baik dibawah pasukan Penang pada ketika itu sebagai juara Perdana Satu.
Rekod cemerlang Terengganu bermula pada edisi 1998 (Haji Abdul Rahman) walaupun tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia dengan Perak, tahun berikutnya Terengganu sekali lagi ke peringkat akhir juga sebagai Naib Juara Piala FA 1999 (Yunuf Alif) tewas dengan pasukan Kuala Lumpur menerusikan jaringan penalti. Tahun 2000 (Yunuf Alif) Terengganu sekali lagi ke peringkat akhir Piala FA dengan menjadi juara menewaskan pasukan Penang dan seterusnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2001 (Mat Zan) dan menjadi juara buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Terengganu dan Juara Piala Sumbangsih juga menewaskan Perak dengan jaringan 4-0 menerusi Marzuki Yusof, Fazialah Mamat, Rosdi Talib dan Sapian Wahid.
Peringkat Piala Malaysia, pasukan-pasukan diundi dalam empat kumpulan A, B, C dan D. Terengganu boleh dikatakan berada dalam kedudukan selesa ketika itu diundi bersama pasukan Perak, Kelantan TNB dan Kelantan JKR. Dalam enam perlawanan peringkat kumpulan, Terengganu menang lima dan hanya seri sekali menjadikan Terengganu juara Kumpulan C bersama pasukan Perak.
Perlawanan Peringkat Kumpulan Pusingan Pertama :
JKR Kelantan (0) vs TERENGGANU (2) – Wan Rohaimi, Rosdi Talib
TERENGGANU (2) vs Perak (1) – Faziallah Mamat, Hairuddin Omar
TNB Kelantan (1) vs TERENGGANU (3) – Hairuddin Omar, Sapian Wahid, Rosdi Talib
Pusingan Kedua :
TERENGGANU (3) vs TNB Kelantan (0) – Hatrik Hairuddin Omar
TERENGGANU (6) vs JKR Kelantan (0) – Rosdi Talib, Nafuzi Zain, Subri Sulong, Alfian Aziz (Arwah), Zulharisham Awang, Hairuddin Omar
Perak (3) vs TERENGGANU (0)
Pasukan Perak ketika ini agak terumbang ambing hanya layak ke peringkat Suku Akhir dibezakan dengan jumlah jaringan selepas berkongsi mata bersama pasukan TNB Kelantan ketika itu dengan hanya tiga kemenangan.
SUKU AKHIR
Pada Suku Akhir pertama, Terengganu menerima kunjungan pasukan Selangor. Keputusan seri 2-2. Dua gol Terengganu menerusi jaringan Sapian Wahid dan dua jaringan Selangor menerusi Yusri Che Lah. Berkunjung ke Shah Alam berbekal dua jaringan, Terengganu berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 3-1 menerusi Rosdi Talib, Wan Rohaimi dan gol larian solo Subri Sulong dan gol saguhati Selangor menerusi Rudie Ramli. Terengganu ke Separuh Akhir dengan aggregate 5-3.
SEPARUH AKHIR
Diperingkat separuh akhir pula, Terengganu bertemu dengan musuh tradisi, Kelantan. Pusingan pertama berlangsung di SSINS dimana Terengganu berjaya menundukan Kelantan dengan jaringan 2-0 menerusi Sapian Wahid dan Wan Rohaimi. Bekalan selesa dua gol dibawa ke Kota Bharu pada pusingan kedua Separuh Akhir, Terengganu hanya mencatat keputusan seri 1-1 dan sudah cukup membawa pasukan Terengganu ke peringkat perlawanan akhir. Gol Terengganu dijaringkan oleh Sapian Wahid dan gol Kelantan menerusi Nazreen Tee Abdullah.
PERLAWANAN AKHIR
Pada perlawanan akhir ini, pasukan yang hanya berada pada kedudukan ketujuh liga dan agak kurang konsisten pada peringkat kumpulan Piala Malaysia akhirnya menjadi lawan pasukan Terengganu. Dari kumpulan yang sama, rekod pertemuan kedua pasukan memihak kepada pasukan Terengganu. Perlawanan ini diibaratkan antara pasukan kaya dan pasukan miskin. Perak sebelum ini dikendalikan oleh Weigang digantikan dengan M.Karathu dan Terengganu dikendali oleh Mat Zan.
Terengganu membariskan :
Zubir Ibrahim, Subri Sulong, Abd. Ghani Malek, Mohd. Nafuzi Zain (Nor Fazly Alias), Sapian Wahid (Alfian Aziz), Rosdi Talib, Wan Rohaimi Ismail, Zulharisam Awang, Marzuki Yusof, Faziallah Mamat, Hairuddin Omar (Shahrulnizam Sahat).
Lain-lain pemain, Zairo Anuar Zailani, Roshadi Wahab, Mohd Ariffin Musa (GK), Mohd Syamsuri Mustafa (GK), Tengku Alias, Mohd Shahrul Ezrain, Zainal Abidin Abu Bakar, Zainuddin Ismail dan Mustaffa Kamal Abdul Wahab.
Antara pemain Terengganu FA 2001
Perak membariskan :
Azlishan Ibrahim, A. Victor, Chan Kok Heng, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Wing Hoong, Azrul Amri Burhan (Norizam Ali Hassan), Indraz Putra Mahayudin, Syamsul Saad (Faizal Zainal), K. Nanthakumar, Mohd. Rafdi Rashid, Khalid Jamlus.
Dalam perlawanan malam tersebut, Terengganu ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd. Rafdi Rashid pada minit ke-17 tetapi bangkit dengan dua gol pada babak kedua dalam tempoh lima minit untuk mendahului 2-1.
Rosdi Talib menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti selepas Wan Rohaimi Wan Ismail dijatuhkan oleh pemain pertahanan Perak, K. Nantha Kumar dalam kotak penalti.
Penyerang, Sapian Wahid menambah gol kedua Terengganu pada minit ke-59 hasil sepakan leret menewaskan Azlisham.
Pemain terbaik Piala Malaysia milik Hairuddin Omar.
Dendam terbalas. Kini kedua pasukan bertemu kembali pada peringkat akhir Piala Malaysia selepas 17 tahun.
Zulharisam, Ketua pasukan Terengganu FA 2001