IRFAN BAKTI : HARUS DIINGAT ADA 90 MINIT LAGI DI SSINS

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) , Haji Irfan Bakti mengingatkan kepada semua pemainnya supaya kekal fokus kerana masih ada 90 minit akan dimainkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu (SSINS). Irfan menyatakan beliau sangat tidak gemar dengan perkataan “sudah sebelah kaki ke peringkat seterusnya” kerana perkataan seperti itu akan membuatkan pemain berasa selesa dan beliau tidak akan membiarkan perasaan ini ada bersama dengan pemainnya.

Mengulas lanjut, Irfan kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan TFC pada separuh masa pertama kerana pemainnya  seakan-akan takut memegang bola dan tidak dapat bermain seperti biasa. Rantaian antara bahagian tengah pasukan dan berisan hadapan dilihat tidak menjadi dan aturan menyerang bagi pasukan TFC dilihat kurang berkesan. Beliau juga menyatakan penggempur utama TFC, Kipre Tchetche susah mendapatkan bola apabila tidak dapat servis yang sepatutnya daripada rakan sepasukan kerana banyak hantaran tinggi dilakukan dan itu adalah kelebihan buat Felda kerana mereka mempunyai barisan pertahanan yang mempunyai fizikal yang baik dari segi ketinggian dan juga pemain berpengalaman seperti Shukor Adan yang sentiasa menang apabila merebut bola tinggi.

Namun Irfan memuji pemainnya buat separuh masa kedua yang sudah berjaya menyerap tekanan dan bermain dengan lebih banyak hantaran pendek dan mengekalkan penguasaan bola. Ditanya apa strategi TFC di SSINS, Ifan menyatakan mereka tidak akan bermain secara negatif iaitu bertahan kerana itu bukan cara beliau bermain dan TFC akan tetap bermain seara positif kerana beliau ingin pasukannya mara dengan kemenangan disamping menamatkan episod kekalahan di gelanggang sendiri di saingan Piala Malaysia. Kredit kemenangan pada malam ini juga adalah kepada pemain dan tentunya buat penyokong Terengganu yang berjaya hadir menjadi penyumbang membuatkan pemain Felda United gugup apabila berada berdekatan dengan mereka. Penyokong kita telah menunjukkan kematangan yang positif apabila tiada lagi lontaran barangan untuk melakukan provokasi tapi mereka hanya menggunakan lontaran suara sebagai senjata menyebabkan pemain lawan kurang senang untuk beraksi. Diharapkan aura ini dapat kita saksikan di SSINS.

Leave a Reply